Thursday, January 26, 2012

cuti CNY 2012

lama betul cuti rasanya kali ni..baru rasa cuti yang puas. masa cuti disember ari tu, tak la aku rasa sepuas kali ni. agaknya naik sekolah ari tu buat betul2 letih. lena malam pun mimpi pasal sekolah..korang buat apa cuti ni? aku banyakkan masa lepak ngan BB je. pastu kuar cuci mata. beli pokok bunga. plan nak masak macam2 tp satu pun tak tercapai lagi. asik kuar masuk rumah je cuti ni. BB dah mula keje ari ni. so, lepak sorang la nampaknya. semalam balik rumah MIL, dia bagi bekal cukup 3 hari makan..heheh, tak berasap lagi la dapur rumah aku kali ni. 

sabtu ni plan nak ke SIk. rumah adik beradik angkat MIL. katanya dekat ngan Ladang Anggur. kalau jadi, sampai la kami kat sana..

Sunday, January 22, 2012

2012 yang memenatkan

ASSALAMUALAIKUM uols..

dah masuk 2012 kita ye..maknanya bertambag lagi setaun umur kita kan? dah makin dekat ngan 40 rupanya aku..kena byak muhasabah diri. azam taun ni, nak anak..heheheh..kalau diizinkan Allah, ada la kan?

masuk je taun ni, menapak je kaki masuk sekolah 4hb jan tu dah dikejutkan oleh berita yang boleh menyesakkan dada aku..naziran nak turun lagi..hadu la. baru je nak bergombira dgn murid dah kena ready ngadap geng naziran...

dan mulai ari tu, berkampung la kami kat sekolah..non stop..ari sabtu ahad pun kena ada kat sekolah. then finally berenti ari ni, ahad , 22 hb.. tu pun sebab esok raya cina..kalau tak mau kena hayun lagi ke sekolah. kelmarin, sabtu, 21 hb ada program waris prihatin kat sekolah. tapi tak ramai pun yang hadir..taun ni, 2012, peratus lulus bi yang sekolah target 100%. camana nak buek ni? murid taun ni ada 100 orang je. so satu murid satu persen la..risau kalau gagal capai target..dah la kami 2 orang je nak kena handle 4 kelas...ngeri..ngeri...ngeri


 

Designed By Blogs Gone Wild!