Sunday, August 14, 2011

Alhamdulillah..hari ni dah masuk 14 Ramadhan. sekejap je ku rasa masa berlalu. perbagai citer pahit manis yang ku dengar dalam tempoh 14 hari posa ni. dan akan ku ambik iktibar di atas segalanya.

Tuhan menguji hambaNya yang mampu. itu yang sentiasa kusematkan. pada mulanya ku rasakan amat sukar untuk menerima segala yang berlaku. dan bagaimana harus ku respon. tapi Tuhan tunjukkan jalan. semuanya di atas kesabaran. 

kegembiraan, senyuman, gelak ketawa ternyata boleh memalsukan emosi. dan ku rasa ia merupakan satu penzahiran yang sempurna. kesedihan tidak perlu dikongsi kepada semua orang. cukuplah dengan mereka yang boleh mendengar dan menerima dengan positif. dan orang yang terapat dengan diri kerana mereka tidak akan mengondem tetapi sentiasa memberi nasihat dan menyokong.

bagiku 20% masalah sudah menunjukkan kesan positif. mungkin ada yang terkejut hahah..baru 20% dah rasa yakin akan selesai? ye..aku yakin dengan janji Allah. walaupun agak lambat, namun ia sudah tertulis. dan aku amat yakin ia akan selesai. itu yang ku sentiasa doakan.

terbawa2 emosi pada pagi ni..dah lama rasanya aku menutup emosi diri. Ramadhan ini terbuai2. Alhamdulillah tenang rasanya. ku tidak bisa menzahirkan perasaan diri. coretan hanya mampu menzahirkan suku perasaanku. hanya hati yang mampu memahami.

Saturday, August 6, 2011

POSA....

posa kali ni agak mencabar sikit bagi aku sebab perut aku dah mula buat perangai. lepas je bukak posa mesti sakit. angin sebab perut kosong. kalau tak sahur lagi teruk..yang dah sahur ni bila petang je dah mula rasa bahang sakitnya..Tuhan menguji aku...Alhamdulilah takat ni aku masih lagi bertahan..

masak? hm, nak tak nak kena la. BB aku balik agak lewat minggu pertama posa ni. so, nak melepak cuci mata kat pasar ramadan masih belum sempat lagi la. aku mula masak jam 6 petang. biasa la sebelum tu appoinment ngan tv dulu. masak pun simple2 je. takat ni aku dah masak pajeri terung, daging goreng, kari udang. tu pun dah rasa macam dah abis idea.hahahah..biasa la aku ni ilmu masak memasak ni masih terhad lagi. so makan ajelah apa2 yang patut...heheh kesian BB aku. 

Friday, August 5, 2011

KAWAN2 BEST COHORT 2

rasanya dah agak lama aku tak jengah belogku sayam ni..malas bertimpa2..heheheh..boleh ke malas bertimpa2? dua tiga menjak ni asik kena kursus je. rasanya sampai dah naik blue mata aku..maklumlah kursus bi. tapi dah nak sampai penghujung dah pun. hahahah..9 hari semuanya babe..lama tu. tapi seronok sbb aku jumpa geng yang best amat. dan rasanya sukar dah nak jumpa group paling best ni. so aku nak citerlah sikit pasal depa ni semua..cheewah....mesti bangga depa bila tau aku tulis pasal depa kan? hahahahah


ni la cohort 2 (2011)...so proud to be one of them..9 days course  tu...


Delimawati aka Kak D. cool amat akak sorang ni. memang aku suka tgk muka dia. lembut dan cool je. memang ada sifat2 kekakakan..hahhaha...aku ni susah jugak nak serasi ngan org tapi bila tgk dia, hatiku menjadi cair. dia pendiam orangnya dan amat teliti dalam kerja. dan tak suka join aku buat mulut...hehehhe..

Nur Izzati aka ZatiMj. muda belia lagi budak ni. baru balik dari obersea nun..plymouth...heheh. fresh la ngan lesson plan...kira cilok dia punyer lp la nak buat presentation...tapi yang kami pikir sendiri pun ada tau...


Kak Azah, best giler..selalu buat aku tergelak dgn sikap dia yang lurus. tapi aku dah mintak maaf tau ngan dia sebab selalu gelakkan dia. tak ada niat pun nak gelak tapi tergelak jugak. dia ni selalu lupa password. sampai hari last baru dia ingat p/word tu pun aku dok paksa dia suh simpan dlam hs..kalau tak mau dia lupa lagi..


Zuliana Talib atau Zue, sama2 dapat APC ngan aku taun ni...heheh..tak sangka lak jumpa dia kat majlis tu...pendiam dan byak mendengar. budak ICT nih. sama unibersiti ngan aku. sama matrik jugak. tapi junior aku la.


agaknya bila la nak jumpa lagi. zatiMJ memang dah ikat janji ngan aku. nak pi makan McD la kononnya...nampak gayanya tu je cara nak jumpa lagi..apapun aku akan rindu geng plymouth ni...huhuhuuu
 

Designed By Blogs Gone Wild!