Monday, June 4, 2012

morning uols,

hari ni pagi2 lagi ngadap lappy u !! nak kata rindu tak la jugak. isi saps for 2 classes then sambung membelog..

2 hari cuti i tak pi mana pun. dok je lepak kat rumah ngan BB. malas tu. makan je apa yang ada kat rumah. plan nak balilk rumah MIL tapi last sekali tak jadi. last nite, makan nasi ayam goreng berempah. beli le. ingat i rajin sgt nak masak berempah2 tu. tak kuasa aku.hihihii..dulu masa nasi tu harga rm 3 je. tb2 naik sampai rm 4.50. mahal plak i rasa..

tunggu si potong rumput kat rumah hingga jam 5.30 petang . then baru dia sampai. byak tempahan potong rumput katanya. dulu bayar rm 15 je skang dah naik rm 20. tapi berbaloi sbb dia memang sapu dan clearkan terus back yard aku. tak payah susah2 nak pi sapu atau apa. hulur je duit kira semua settle. aku memang ikat kontrak ngan si potong rumput ni 3 bulan sekali. plan nak kasi simen je belakang tu. tapi tunggu dulu la. kasi fulus byak sikit, mau 3, 4 k nak simen tu. tak plus tembok lagi. 


Friday, June 1, 2012

saje nak share ngan korang ni..


semalam utk dinner aku masak sotong ala2 sichuan. nape aku kata ala2 sichuan? heheh..sbb aku tak cukup ingredients la..tak ada gajus. pastu tak ada kicap cair kot. so aku campak je la yang mana aku ada kat dapur tu. hasilnya memang superb...BB aku cakap cedap !! so, aku nak share sikit kat sini kalau2 korang dah kering idea nak masak sotong. macam aku la. sotong selalunya aku goreng kering. dah boyink la kan asik yang sama je. sebenarnya resipi sichuan ni aku  ambik dari internet gak la. menurut kata yang bagi resipi tu, shila rusly punya resipi. tapi kalau korang nak yang original sichuan tu, korang google sendiri la ye. ni resipi aku punyer sendiri yang dah siap diolah bahan2..


1. bersihkan sotong. aku potong sotong tu bulat2. terserah kat korang nak potong besar ke kecik. aku suka potong sederhana besar je. depends kat saiz sotong korang le.


2. sotong tu aku perap ngan garam dan kunyit sikit. bagi rasa dan kaler. tak suka aku tgk benda putih tak ada kaler. kan cantik ada kaler kuning sikit. dalam resipi betul tak ada tau letak garam dan kunyit ni. resipi aku lantak aku la nak buh apa pun.heheh


3. tumbuk bawang putih, halia, cili burung dan lada hitam sampai lumat tau. jgn letak bawang merah. aku nak kasi bau bawang dan halia tu je.


4. kasi saute bahan yang korang tumbuk tu tadi sampai kuning2 sikit. jgn kasi kuning sangat takut bawang putih tu hangus. bau tak best nanti. 


5. masukkan sotong yang telah diperap tadi. korang goreng sekejap then masukkan kicap, air sikit dan gula sikit. ada yang tak suka manis, terserah kat korang la. tapi kalau makan tak rasa manis sikit cam tak cedap je. sikit je gula tu. jgn dok melebih-lebih lak. kang diabetis korang.
lupa lak. masukkan bawang merah yang saiz besar tu. potong bulat2 gak. semua kena bulat2 baru cantik..hehehe..sebab tuan yang masak ni pun bulat..


6. then biarkan kering jap. dah tu angkat la. jgn lama2 sgt sotong tu sbb nanti makan tak best lak.


hah..siaplah. sekejap je. aku memang tak suka ambik masa lama2 kat kitchen tu. so, disebabkan tgk lauk aku satu je, aku pun membuat keputusan yang ku rasa cantik sgt. tambah satu lagi..telur goreng..hahahah cukuplah tu...kenyang woooo





Thursday, May 31, 2012

hari ni dikejutkan dengan kematian anak rakan guru, ustazah mazlina yang baru berusia 3 bulan lebih. sebab kematian tercekik susu. bila dengar perkataan tercekik susu, naik heran gak sebenarnya. walaupun selalu kita dengar kat media pasal isu ni. tapi tak berapa nak ambil tahu sgt. ni sbb berlaku kat orang yang aku kenal sgt. dengan tiba2 aku jadi ingin ambik tahu semua benda. 

bagi ibu2 muda skang, mungkin terlalu ambik mudah cara nak bagi susu kat baby. sebenarnya banyak yang kita beringat-ingat. dapat free course je aku hari ni dari cikgu2 yang banyak pengalaman bab anak2 ni,

so, aku nak kongsi la sikit dgn uols..

masa nak menyusu baby tu, angkat sikit kepala baby tu. bagi tinggi untuk memudahkan susu tu masuk ikut saluran yang betul. lepas baby dah kenyang, kena tepuk2 sikit bagi keluar bunyi 'burp' atau dengan kata lain sendawa la..then baru la boleh baringkan dia. itu yang aku dapat hari ni..

ni yang aku sempat google tadi..moga jadi panduan buat semua :
Sebab-sebab bayi tersedak susu
1. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
2. Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
3. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.
4. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.Cara yang betul memberi minum susu kepada bayi
1. Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
2. Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.

3. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

4. Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.

5. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.Cara rawatan jikalau bayi tersedak susu
1. Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
2. Keluarkan sebarang bendasing di dalam mulut bayi.

3. Duduk dalam keadaan menghadap kehadapan.

4. Tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.

5. Selain itu, tekan di bahagian perut bayi ketika bayi dibaringkan.

6. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula. 



 

Designed By Blogs Gone Wild!