Monday, January 10, 2011

FILE...FILE..FILE..

kat tempat aku dah sarat dgn files sampai tak tahu nak letak mana..camana tu?
Agaknya tiap2 tahun la kami digemparkan dgn geng naziran nih. tak larat dah aku nak updatekan files bila tiba awal tahun, tengah tahun dan akhir tahun. agaknya sekolah aku ni memang ada dalam list tahunan kot. aku bukan apa, tang mereka nak datang tu takpe tapi bila heboh macam2 citer tu la yang aku tak syok nak dengar.. malas aku nak layan dah kali ni. datang la kalau nak datang... dulu guna arch files macam kat atas tu cuma kaler hitam je la. kali ni dah tukar guna fail putih kertas..yelah aku punya bahagian tak payah ada files pun sebenarnya kira tak official je tapi dari taun lepas dah kena buat official..aduh...arahan pentadbiran la..biasa la fail ad hoc..nak tak nak aku kena buat balik. contents semua kena ubah.. maklumat kewangan yang paling penting. aku dah siap taun lepas lagi..lega sbb fail dah updated. kalau tak mahu aku kena hayun ke sekolah sabtu ni..masalah aku skang ialah tempat. tak ada tempat simpanan khas untuk fail2. meja aku bukannya besar sgt pun. nak letak buku rujukan aku lagi. dah la berlambak. cikgu2 bi gelar aku library. yelah segala jenis buku ada kat tempat aku. sapa nak buku cari je kat tempat aku..hehe, sebenarnya kebanyakan buku kat meja aku tu buku yang hampir dibuang oleh pihak sekolah. tapi aku kutip. yelah buku2 zaman dolu2. untuk latihan grammar memang bagus. sayang aku nak buang weh..suami aku dah panggil aku hoarders. kat rumah pun sama..hehe..

Saturday, January 8, 2011

POTTER..KEGILAANKU SEKETIKA

kenal tak mereka ni semua? kalau korang tak kenal, korang memang PELIK..heheh
Korang kenal tak mereka kat atas tu? kalau tak kenal memang korang pelik.hehe..sebab mereka pernah menggemparkan dunia penulisan buat seketika dulu dan aku rasa sampai sekarang pun fenomena hary potter masih lagi ada..termasuk aku. tak caya ? kenapa tak lak? sbb aku bukan budak lagi? isk.isk..cuba korang baca citer dia. memang best. aku mulanya memang tak minat sbb aku rasakan buku tu buku budak2. maklumlah aku ni kan remajo tua..hehe..murid aku yang dok asik bercerita pasal buku ni. apatah lagi ada version bm. so dah aku kan cikgu, kawan pun ngan budak.kalau aku tak ambik tahu story mory terkini pasal budak2 macam tak besh la kan. aku pinjam dulu dgn anak muridku. dengan tak ku sangka rupanya aku sudah tertarik pada muka surat pertama cerita tu sendiri. dan dengan takku sangka aku membeli bukunya sehinggalah kesemua bukunya aku ada..hahah jangan tak caya lak. aku susun kesemua bukunya dalam almari buku aku. cantik beb..kan covernya warna warni. adik iparku terkejut bila melihat set buku harry potter aku. namun aku bangga. kini bila anak muridku bercerita pasal harry potter aku dah boleh menyampuk. semua yang aku buat adalah untuk menarik minat muridku supaya berminat dgn english. Alhamdulillah setakat ni berjalan lancar. dan yang lagi best bila kuar movie harry potter. tapi aku tak pi tgk pun sbb aku memang tak suka tgk movie kat panggung. apa yang aku buat untuk meneruskan lagi kegilaan harry potter aku?
hehehe..cuba teka?????
aku beli game harry potter..wah. aku mengadap game tu la..aku main sampai abis game. memang la bila kita addicted dengan sesuatu macam2 boleh jadi..namun korang jangan ingat aku main sampai tak kenal siang malam tau. seperti biasa t/jawab kepada suami dan hal rumahtangga mesti disettlekan dulu..kalau tak cian hubby..hehe..
tapi satu kisah sedih telah berlaku pada buku2 kesayanganku..
citttt...ada pihak yg jeles pada bukuku. mereka telah memusnahkan setiap mukasurat buku itu dan menyebabkan aku meraung dan bersedih 2 hari. mereka itu ialah ANAI-ANAI.
aku menjadi tak menentu bila aku terpaksa membuang kesemua buku2 di almari buku. KESEMUANYA..korang paham tak buku aku tu bagai nadi kegembiraan aku. bila ia tiada seolah diri ini tak bermaya kerana aku telah laburkan banyak fulus untuk membeli buku. buku2 itu semua aku beli semasa belajar di uum, kerja sambilan, masa jadi cikgu pelatih dan sehingga kini. tak frust ke aku? frustttt sesangat.
tapi aku tetap akan membeli lagi buku HP tu buat koleksi aku.

nilah anai2 yang telah merobek hatiku..sampai hati kau....
 

Designed By Blogs Gone Wild!