salam Saturday uols..
hari ni memang letih babas aku. pagi2 lepas subuh, bertolak ke ITU (institut tentera udara) di Ipoh. kami bertolak dari sg petani hari jumaat jam 11.30 am. sampai ke marina cove resort jam 2.00 pm. macam lama je aku rasa kali ni. tak lama camana, nak pi ka tol Juru tu pun dah ambik masa more than 30 mins..sehala pulak jalan. masa nilah nak buat jalan lah, nak cover longkang lah..naik semput aku..
sampai kat marina cove, perut dah nyanyi lagu mengemis mintak nasi..lapar weh. dari pagi tak makan lagi..nasib baek, MIL aku memang superb..heheheh..ada bekal byak u...ada sup ayam, ayam goreng, sambal belacan, ulam timun, ikan kering dan ikan goreng plus nasi ler..aku apalagi sapu smpai menyandar la..heheh..menantu yang bagus kan..kah..kah..kah
then, mataku mula stim ayu. hehehe...zzzz jap. plan nak ke Telok Batik tapi harammmmmmmm...bantal tak boleh cabut dari kepalaku yang comel ni. malam tu tak ada dinner special tapi cam biasa tugas aku memperabihkan segala saki baki lunch..heheh..dah menantunya kan TE..bun.sapa nak marah? lagi suka MIL tgk aku makan..semangat !!!ahaks
then, nak sambung story aku yang mula2 ayat kat atas tu..bukan main panjang asal-usul trabel aku kan?
ok, then lepas subuh bertolaklah kami dengan semangat nak ke ITU ..acara start 7.30 am. silap jalan la plak. GPS aku ni macam nak kena hayun je. Papago dah jadi NEVERGO dah ni..singgah la kat PETRONAS..tanya khabar jalan. nasib la budak PETRONAS tu tunjuk jalan yang betul. sampai kat sana memang terlajak jam lah, sampai dalam 8.20 a.m. lega masih belum mula lagi..tapi PErajurit MUDA tu dah ada terpacak kat situ. ready nak mula. manusia bukan main ramai lagi. sampai tak tau nak parking punggung kat mana. aku berdiri jelah tengah tiang tu. acara mula dengan lagu macam2.ada pERWIRAku, lagu TUDM aku rasa. ada pancaragam. then acara perbarisan. ada 4 platun..betul ke orang panggil platun? aku hentam je. adik aku last platun. wah semua cam bersinar silau je..heheheh..baju kaler putih seluar kaler biru tua atau hitam. aku tak bagi muka sgt kat kaler seluar tu. pakai songkok then ada riffle.best tgk formation TUDM ni..cantik.hentak kaki pun cam merdu je. acara payung terjun tak ada la plak. so lepas semua selesai, kami lepak kat cafe. makan apam balik, popia sayur, teh ais. adik aku kena sambung 3 tahun kat Kolej Tentera Udara (KTU). wah bangga aku. kena ambik diploma kejuruteraan mekanikal aeronatik. aku dok rasa pasni kuar jadi PILOT lah tu..wahhhhh..bestnya..