Thursday, December 13, 2012

TERENGGANU....

SELASA, 11 DEC 2012

Hari pertama jejak kaki ke Primula Beach Resort ni. sebelum ni dah banyak kali sampai ke terengganu tapi ni first time melangkah dan tido di Primula. sampai lebih kurang jam 3.20 pm. bertolak dr kelantan jam 12.05 pm. sebenarnya aku dan hubby terambik jalan ke bachok.kah..kah..kah..apa la aku kan. nama je org kelate tapi jalan nak ke pasir puteh pun masih konfius..dah terlajak jalan malas nak patah balik so, ambik jalan pantai le. jauh le sikit. guna GPS kau!!! takut silap jalan..mahu kena gelak kalau Abah aku tau.

sampai ke kat Primula, check in. parking kena ambik tiket tau. ada sistem parking metro..so dah masuk parking je la kat mana pun. parking area bukan main banyak. siap ada zon lagi. kami parking keta kat depan blok superior/standard. masa tu kan malas nak pikir lagi. nampak aje kosong parking.then check in. layanan staff memang best. 4 star hotel la katakan..

petang tu, kami lepak ke kat bilik. dalam 6.30 pm, kami ke pantai batu burok yang hanya bersebelahan hotel ni je. menapak pun sampai. mak aih, bukan main ramai lagi manusia. pantai ni tak boleh mandi manda. aktiviti yang ada - avg ride, pony ride, cart ride, kite flying. tu je la yang aku nampak. stall memang banyak. aku apalagi start le aktvt mengenyangkan perut- beli lokcing (sate ikan), jagung bakar..pastu singgah beli nasi goreng, lamb chop kat medan yang hanya berada di area tu jugak. memang meriah sungguh. keistimewaan pantai batu burok ni ialah berada di pusat bandar, ada taman awam utk bersenam, joging dan lain2, ada perumahan, ada kedai makan, ada kfc, ada a&w, ada ubi kledek bakar, ada buah berangan ...heheh..makan2 je lah..dekat ngan hospital, kira semua adalah. memang strategik. so kalau korang nak datang lepak2 kat terengganu, stay le kat primula beach resort. memang tak rugi. makan pun tak ada la mahal pun. 

RABU, 12 DEC 2012

Hari kedua bermula dengan bekpas kat hotel. kami turun dalam pukul 9 lebih. makanan memang ok sangat. ada nasi dagang dengan ikan tongkol dan acar, ada nasi lemak dan yang lain macam yang kita selalu nampak dan makan le..roti, fruits, telur.. kira banyak piliham makanan. so makan le sampai kenyang. tapi apa yang aku pasti nasi dagang hotel 4 star ni tak boleh lawan nasi dagang yang Ma aku buat..hahah...sori le chef..bukan nak perasan tapi dah kenyataan. korang patut belajar ngan Ma aku..;)

lepas makan, kami turun ke beach jap. sedut udara yang tak abis2 tu. perut kan kenyang. kasi turun sikit. then naik lepak kat bilik je. hubby rasa tak sedap badan so bagi dia rest jap. then kami jalan2 round Kuala Terengganu. jalan ke masjid yang kaler putih tu ( dekat ngan pAsar Payang rasanya) , lalu area Dataran Syahbandar, Waterfront. tu je lah ari kedua..then proceed ke PAntai batu burok- cari lokcing lagi, nasi ayam yunnan..

KHAMIS, 13 DEC 2012

Hari ketiga pun bermula dengan bekpas kat hotel. makanan sama le..heheh..so, aku pun makan benda yang sama le jugak..nasi dagang. puaskan tembolok aku. nanti bila dah balik penang, tak boleh makan dah. susah nak cari oiiii.. hubby makan porridge..dalam banyak2 tu yang tu je yang dia layan...huh...

lepas makan kami terus ke State Museum. apa yang aku tahu, muzium yang terbesar di Malaysia. memang betul..sampai naik lenguh kaki aku berjalan round2 dalam tu. tiket masuk hanyalah RM 5 untuk dewasa. so RM 10 le kami berdua. kamera tak dibenarkan masuk. 

hampir 2 jam aku kat dalam..memang berbaloi. kebetulan plak ada Pameran Islamik. kuar je terus kami ke Taman Tamadun Islam yang memang dekat sngat. kami tak meronda sebab hujan. kang demam lak. kami ke Masjid Kristal. kat sini memang aku turun bergambar. cantik beb!!! tak rugi datang jauh2. hubby aku beli mug yang ada gambar Taman Tamadun Islam dengan harga RM 14. mahal la jugak mug biasa tu. alah kalau kat kedai beli dalam RM 5 je. hubby cakap at least ada gambar, so kenangan bila minum guna mug tu..hehehe..cayalah BB..

balik dari taman tamadun islam, kami ke kg losong cari kepok lekor. aku tak beli banyak pun. RM 5 je untuk makan kat bilik hotel. tapi memang sedap ler...

0 comments:

Post a Comment

 

Designed By Blogs Gone Wild!