Wednesday, October 20, 2010

RENTETAN MEETING HARI NI...20/10/2010

Tidak....!!!!!!!!!!!!!!!! aku tak nak ke KL..tak nak..tak nak...tapi apakan dayaku.. Di saat anak muridku bergelut ngan PKSR, aku pulak yang kena ke KL...nak kena buat Modul Year 6 pulak dah...malas betul kali nih. esok bergembira kat langkawi then balik perah otak lak..tahun ni memang kena sungguh ngan aku. hahahah..bila fikir balik, pengorbanan seorang guru tu memang terlalu tinggi.. Baru aku tahu betapa sucinya pengorbanan cikgu2 aku dulu.

Korang ingat aku nak sangat ke jadi cikgu ni dulu? Lepas grad taun 2001, kerjaya guru ni memang tak pnah ada pun dalam impian aku... sampaikan kawan aku ajak pergi walk in interview pun aku tak nak. yelah, masa tu mungkin aku anggap lekeh je jadi cikgu ni..gaji sikit la..macam2.  sampaikan borang KPLI pun parents aku yang isikan. kalau harapkan aku, agaknya berkulatlah dalam sampul. Tapi dah takdir aku. Aku tak cari ia tapi ia tetap mencari aku. Dan sememangnya kerjaya ni tepat dengan aku..

Kadang2 apa yang kita mahukan tak pernah kita capai. Itu yang kita anggap dan percaya. Tapi sebenarnya kita adalah apa yang kita jadi sekarang. Allah dah tetapkan yang terbaik buat kita. Dan aku telah belajar menerima dengan redha. LAgipun gaji cikgu bukannya sikit seperti yang aku sangkakan. yelah dulu gaji cikgu RM 600 je..Itu dulu..(taun 70 an). Elaun pun dah makin naik. Starting pun RM 1900 +. kira bakal cikgu grad skang memang bertuah la. baguslah. itu merupakan satu insentif dan diharap cikgu2 baru skang janganlah mensia-siakan ini semua. Moga profesion ini berjaya dimartabatkan...

2 comments:

Aku_lah_Fadz said...

yang ptg kita ikhlas dan beljar untuk menjadi cikgu yang terbaik.. moga2 kita berjaya Yana... Amin

scully said...

betul ilah...aku harap bakal2 cikgu skang akan jadi macam kita..chewah...

Post a Comment

 

Designed By Blogs Gone Wild!