Monday, March 14, 2011

14 MARCH 2011

Dah lama rasanya tak menulis blog. maklumlah agak busy kebelakangan ni. kadang2 naik heran nape la busy sangat...dah tu naik rumah baru. banyak benda nak kena settle. dan finally, masa luang muncul juga. yelah time cuti sekolah la. plan apa cuti ni? aku tak ada plan langsung. nak kena pergi kelas tambahan. kelas aku mula selasa. oklah selasa then boleh rest otak. tahun ni aku asik letih je. maybe sbb keje byak kot. dah tu cikgu bi sekolah aku tak ramai. workload tu memang kena kat semua cikgu bi. tapi aku rasa macam workload aku terlebih je atau perasaan aku je? eheheh
kadang2 sendu tu datang dalam diam. dah 2 minggu kot perasaan aku hiba semacam je. asik nak nangis je. moga Allah bagi aku kekuatan untuk semua dugaan ni. aku tahu aku kuat untuk tepis semua ni. hahahah...macam  emo terlebih la sudah...
hari ni 14 mac 2011 adalah hari anniversary kami yg ke 6 tahun. rupanya baru 6 taun. macam dah lama je aku kawin..hehe..moga ia akan kekal sehingga hujung nyawa kami berdua. sesunguhnya aku amat bertuah mendapat suami yang baik, penyayang, dan segala2nyalah..Mr Charming aku..
hadiah? aku hadiahkan dia sepasang kasut pierre cardin...dia? hum, dia tak kasi hadiah lagi. selalunya hadiah dia tak boleh dijangka bila. tapi aku tak kisah pun sebb dah selalu sgt dia bagi hadiah kat aku. hadiah yang terkini bulan 2 hari tu dia bagi aku handphone samsung galaxy, android tu. aku tak mintak pun tapi biasalah alasan dia'khas untuk wife abg'...hehehhe..
bagi aku hadiah apapun yang pasangan kita bagi merupakan satu anugerah kerana dia masih ingatkan kita. tak kisahla bila pun tapi klau hadiah yang kita dapat masa besday tu kira satu bonus la sbb Allah masih beri dia ingatan utk ingat. sebb selalunya lelaki ni asik lupa tarikh je...tapi setakat ni hubby aku ni masih belum lupa lagi.

0 comments:

Post a Comment

 

Designed By Blogs Gone Wild!