hari ni rindu itu datang lagi..bilakah ia akan berakhir? adakah ia menunggu aku memejamkan mata ? sesungguhnya aku redha dengan perasaan ini. menunggumu ibarat menanti bulan jatuh ke riba. ku rasakan jarum saat berdetik terlalu lama. aku resah. perasaan ini satu anugerah yang tidak terhingga. keranaku tahu Allah masih sayangkan aku dengan memberikan aku ujian ni dan aku tahu aku mampu untuk menanggungnya. dulu, aku selalu bercerita dengan kawanku tapi ku tahu sampai bila dia harus mendengar cerita yang tak ada kesudahan ini. adakah sampai dia bosan dengan ceritaku? biarlah hanya kesilapan ku bercerita menjadi sejarah diri yang tak akan aku lupakan. bukan senang untuk orang memahami diri. bukan senang untuk dia menadah telinga mendengar. akhirannya diri ini yang akan dituding bersalah. aku sudah lali dengan cemuhan manusia yang hanya tahu mencemuh tanpa mengetahui cerita dan kisah. ku harungi ia begitu lama. ku sedar masih ramai yang menjadi mangsa dan akhirnya rebah, terkulai dan terus diam. mereka tahu kelemahan aku dan aku disedarkan dengan kelemahan itu. aku dididikkan sekali lagi, dibangunkan dengan kata2 hikmat menyedarkan aku dari lena, membukakan mindaku di atas kecilnya aku, dungunya aku. dan kini aku kuat dan tabah. tiada air mata lagi di depannya kerana dia akan terseksa di atas setitis air mata yang ku jatuhkan, ku kuat untuk diriku, ku bangun kerana kesedaran dan akan ku nanti kesedaranmu, ku tahu kau sedar tapi egomu mengatasi. kau rasakan dirimu seteguh tembok berlin yang akhirnya runtuh tanpa kau sedar mungkin, kau rasa dirimu kuat kerana ada insan2 yang menyokong atau menyogokmu, kau jadi alpa pada perasaan sayangmu, cinta dan kasihmu pada diriku. kau hebat! kau memang hebat! Tuhan akan membelaimu dengan sayangku, cintaku dan rinduku kerana itulah yang ku bajai sentiasa di hatiku. sedetik tidak pernahku nafikan hakmu ke atasku. kau berhak dunia akhirat. kosongkan walau seinci cuma hatimu untuk untukku. ku ingin ia mekar walau sepincing mungkin. ku ingin membawanya bersama. pernahkah kau fikir kenapa diri ini kosong tiada berpenghuni? kerana dirimu mungkin. ketakutan melilit tubuh untuk nasib yang akan menimpa. dan Tuhan tahu hambaNya ini masih belum mampu untuk berpenghuni.....
0 comments:
Post a Comment