|
kenal tak mereka ni semua? kalau korang tak kenal, korang memang PELIK..heheh
|
Korang kenal tak mereka kat atas tu? kalau tak kenal memang korang pelik.hehe..sebab mereka pernah menggemparkan dunia penulisan buat seketika dulu dan aku rasa sampai sekarang pun fenomena hary potter masih lagi ada..termasuk aku. tak caya ? kenapa tak lak? sbb aku bukan budak lagi? isk.isk..cuba korang baca citer dia. memang best. aku mulanya memang tak minat sbb aku rasakan buku tu buku budak2. maklumlah aku ni kan remajo tua..hehe..murid aku yang dok asik bercerita pasal buku ni. apatah lagi ada version bm. so dah aku kan cikgu, kawan pun ngan budak.kalau aku tak ambik tahu story mory terkini pasal budak2 macam tak besh la kan. aku pinjam dulu dgn anak muridku. dengan tak ku sangka rupanya aku sudah tertarik pada muka surat pertama cerita tu sendiri. dan dengan takku sangka aku membeli bukunya sehinggalah kesemua bukunya aku ada..hahah jangan tak caya lak. aku susun kesemua bukunya dalam almari buku aku. cantik beb..kan covernya warna warni. adik iparku terkejut bila melihat set buku harry potter aku. namun aku bangga. kini bila anak muridku bercerita pasal harry potter aku dah boleh menyampuk. semua yang aku buat adalah untuk menarik minat muridku supaya berminat dgn english. Alhamdulillah setakat ni berjalan lancar. dan yang lagi best bila kuar movie harry potter. tapi aku tak pi tgk pun sbb aku memang tak suka tgk movie kat panggung. apa yang aku buat untuk meneruskan lagi kegilaan harry potter aku?
hehehe..cuba teka?????
aku beli game harry potter..wah. aku mengadap game tu la..aku main sampai abis game. memang la bila kita addicted dengan sesuatu macam2 boleh jadi..namun korang jangan ingat aku main sampai tak kenal siang malam tau. seperti biasa t/jawab kepada suami dan hal rumahtangga mesti disettlekan dulu..kalau tak cian hubby..hehe..
tapi satu kisah sedih telah berlaku pada buku2 kesayanganku..
citttt...ada pihak yg jeles pada bukuku. mereka telah memusnahkan setiap mukasurat buku itu dan menyebabkan aku meraung dan bersedih 2 hari. mereka itu ialah ANAI-ANAI.
aku menjadi tak menentu bila aku terpaksa membuang kesemua buku2 di almari buku. KESEMUANYA..korang paham tak buku aku tu bagai nadi kegembiraan aku. bila ia tiada seolah diri ini tak bermaya kerana aku telah laburkan banyak fulus untuk membeli buku. buku2 itu semua aku beli semasa belajar di uum, kerja sambilan, masa jadi cikgu pelatih dan sehingga kini. tak frust ke aku? frustttt sesangat.
tapi aku tetap akan membeli lagi buku HP tu buat koleksi aku.
|
nilah anai2 yang telah merobek hatiku..sampai hati kau.... |
0 comments:
Post a Comment