Thursday, January 6, 2011

JAN 2011

Hm..masuk tahun baru lagi..azam demi azam dibuat tapi ada ke yang tercapai sepenuhnya? ada rasanya. aku sebenarnya dah lama tak buat azam. yelah..beli diary baru.buat azam baru then lupa. so aku pakai azam on the spot la..kalau rasa nak buat apa2 hah itulah azam aku yang akan aku buat dalam tempoh tak sampai 2 hari. untuk yang ringan punya azam la..

diary zaman dulu2...korang punya macam ni ke dolu2? aku masa kecik tak da duit nak beli diary cantik..


Masuk tahun baru ni aku cuma harap aku dapat jadi cikgu yang lebih ok dari tahun sudah. dan pengalaman yang aku dapat boleh aku guna untuk tackle budak tahun ni. Bila tgk budak tahun ni, macam ok sbb hanya ada sorang je yang tak boleh baca. biasalah aku memang ikat kontrak ngjar kelas belakang. tapi aku happy sbb budak2 ni tak berlagak pandai dan nak dengar apa kita ajar. dan hampir keseluruhannya tak tuisyen luar. so memang totally harap kat cikgu2 la. aku kena 2 kelas year 6 taun ni. penat jugak la bila kena ajar 2 kelas. penatnya bila ada xtra class. dalam seminggu sure aku kena stayback 3 kali untuk xtra kelas dan sekali untuk koko. so semuanya 4 kali balik lambat la. kira full house la jadual aku dari isnin hingga khamis. melampau kan. heheh..then bila hari sabtu, mesti kena dari 8.30 hingga 12.30 pm. adushhhh..ni yang aku malas ni. bila ganggu jadual hari cuti aku.

taun 2011 ni memang banyak kejutan. di awal lagi asik terkejut aje. 4 orang cikgu sekolah aku ditukarkan secara mengejut. masing2 punya alasan sendiri. banyak pertelingkahan berlaku yang menyebabkan aku malas nak masuk campur sbb byak sgt auta..menanam tebu di bibir...ye ke tu? aku hentam je la..yang paling aku tak suka sikap tak profesional guru2 yang ditukarkan. ada antara mereka yang membuat kecaman secara terus di laman fesbook dan yang memberi komen lagi mengejutkan aku ialah anak2 murid sendiri. kecaman yang mengheret budak terlibat sesungguhnya amatlah bodoh. ia menjatuhkan maruah cikgu sendiri yelah membuka pekung di depan anak murid. kesepakatan antara guru sudah tiada.

aku sebenarnya amat berharap taun ni akan memberikan sesuatu yang baru dalam life aku sebagai isteri, guru dan anak.

0 comments:

Post a Comment

 

Designed By Blogs Gone Wild!