Wednesday, November 30, 2011

SEKALI LAGI BOLEH TAK BB?

Hmm, kalau la sekali lagi diberikan peluang bersanding atas pelamin bestkan? heheh...bila tgk org bersanding, pakai cantik2, ambik gambar kat merata ceruk, terasa hati ini meronta-ronta nak jugak..boleh ke BB? pengantin dah basi..dah 6 taun usia perkahwinan kami. tp rasa cam lama je..dulu aku idamkan bju pengantin kaler merah baldu. masa tu memang sewa je ngan mak andam (kawan ma) aku. aku memang pegang janji dia je sbb masa tu aku dah mengajar kat johor. kawin bulan 3 yang cuti seminggu tu. aku mintak cuti seminggu awal dari HM aku. nasib baik dapat masa tu. kiranya ada masa seminggu la preparation. masa nak buat fitting, baju tu tak muat,aku rasa macam nak pelempang je mak andam tu sbb dia cakap baju tu memang pakai pelekat . alah yang boleh diadjust ikut size tu. boleh lagi dia cakap baju tu dia silap size lak..aku dah mula hangin satu badan la..yelah tema aku merah beb. mana nak cari baju sanding saat2 genting ni. aku dah mula tak nak bersanding. memang aku tak nak bersanding mulanya tapi MA aku tu yang insist. konon tak meriah la.macam2. aku ikutkan ajelah. hati orang tua. so, baju dah jadi kaler lain, kaler purple. songket. mujurlah ada gak yang sanggup sewakan baju masa tu. ada size lak tu.heheh. korang percaya tak kalau aku cakap, aku yang buat semua preparation nikah aku?  dan semua pakai duit aku? parents aku tak kuar apa pun..sedey kan..biarlah semua tu dah jadi sejarah manis aku pun. so kalau korang cakap pasal duit tak cukup nak nikah, tak payah kencing aku la. aku dah hadapi lagi teruk masa tu. tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. kad 1000 keping yng diedarkan semua habis dan kalau tak slah aku semua yang dijemput pun hadir malah ada yang tak dijemput pun hadir. yelah terlupa..adik aku meninggal tahun sebelum tu. aku bertunang pun pakai baju aku gi ngajar kat sekolah. masih ingat lagi. sampai skang baju tu still ada dan aku masih pakai. kaler hitam bunga merah. memang teruk. tp nak buat camana. macam2 aku hadapi kalau nak citer kat sini..kalau korang ada cabaran sebelum nikah, aku pun sama. cabaran air mata yang sepatutnya. tapi aku ni jenis pendam je.apapun tak kisah. apa yang ada kira ok je pada aku.so air mata aku tu masa tu mahal sikit la. yg penting apa yang aku nak tercapai. Dan aku dapat. Tuhan permudahkan semuanya untuk aku. Alhamdulillah. apa yang aku nak citerkan kat sini hanyalah secebis cerita aku yang aku tau tak akan abis selagi aku masih bernyawa. hehehh..kadang2 malu nak citer sebenarnya tapi cabaran itu indah sebenarnya. kalau tak ada cabaran dalam hidup macam tak ada warna kan..

30 nOv - minggu kedua cuti 2011

hm, baru masuk minggu kedua cuti sekolah. aku dah tak tentu hala dah dok rumah. nak pergi holiday pun tak boleh lagi. minggu depan BB nak kena pergi Johor lak. meeting Union. taun ni kat The Zon JB, Stulang. dan aku tak ikut. so BB pergi naik flight jelah. sbb aku tak itut? sbb BB mula Ahad malam dan balik Selasa petang. kejap je kan? lagi sbb BB tak boleh cuti lagi sbb keje banyak nak kena settle hujung taun ni. dah la ari tu masuk wad dan dh cuti seminggu. so BB cakap kalau nak ambik cuti pun dalam 10 Nov ke atas. cuti banyak lagi tapi biasa la dia segan nak cuti lama2..taun ni, kami tak bercuti jauh sgt. cuma ambik masa round2 kat perlis, penang dan perak je. kira utara ni je. 

BB lak tak boleh nak drive jauh2 lagi sbb baru nak sembuh. so, kira holiday pun dekat2 je la. korang camana? mesti best bercuti kan? aku ada 6 buah buku nak perabiskan sepanjang cuti ni. semuanya Nora Roberts. trilogi..so, semua buku library aku terpaksa pulangkan dan stop pinjam jap sbb takut tak sempat habis dan satu lagi sbb time cuti sekolah ni aku memang malas nak ke library sbb ramai manusia sgt. so Library Bertam dan Library SP, tunggu......taun depan ye..hehehe

sebenarnya banyak benda aku nak buat dalam cuti tapi satu pun tak settle lagi..tapi takpe..cuti panjang lagi kan??

RESULT UPSR 2011

hehehehhe lupa lak nak update result upsr skol aku...hari tu berdebar sakan sangat kan? okay...FYI, taun ni peratus skol menurun sikit..budak 5A hanya ada 21 orang je..memang teruk kan..tapi apa yang aku boleh cakap perangai bebudak ni yang teruk dan seterusnya memberi impak kepada skol. budak2 yang berbeza setiap taun. cikgu2 hampir kekal yang sama, benda yang sama cuma cara pengajaran je lain. ok..apa yang paling best pada aku sebab peratus BI skolah aku adalah 99.1%. tinggi siot..heheheh.sorang je budak failed..tu pun aku dah jangka..budak kelas last aku ada 10 orang dapat B...bangganya aku wehhhh.....

BB kena laser!!!

22 Nov tarikh yang akan aku ingat sampai bila2. nak tau sebabnya? sebab tarikh tu la permulaan BB aku kena masuk wad. dia dah mula sakit hari ahad 21 Nov lagi masa tgh shopping..then kami proceed ke klinik 1 utama. dok cek urine. cakap apa darah dalam urine. bagi ubat. tp sakit still ada. proceed ke klinik dr azhar lak. masa tu dah malam. dok tu cek urine again. blass...tak ada blood lak. heran tul. dia suspek apendik or batu karang. dia bagi pain killer. malam tu balik BB boleh lena. yelah sbb ada pain killer..ia telah membunuh semua kesakitan dan penderitaan BBku. cian dia. tapi kami tahu sakit tu akan datang lagi..biasa la..it still inside kan? pagi esoknya, kami ke BAgan Specialist nak scan. rupa2nya hosp. tu tak ada urologist..bukan ke namanya SPECIALIST? patut semua ada la kan.. masa tu BB dah mula rasa sakit sikit2. kami dah decide nak ke KPJ lak. tp b4 tu nak try cari belimbing buluh dulu. MIL kata boleh sembuh. so kami ke Rantau PAnjang, Penaga. kebetulan kawan aku ada pokok ni. dapat je buah tu, kami balik dan aku pun apalagi start la proses buah ni nak buat jus. hehehe.tapi hasrat tak kesampaian lak...tersilap guna blender yang aku selalu dok blend cili..BBku cakap jus ni rasa pedas la..alamak..bila aku try memang pedas amat.cian BB. dia lena..kami plan nak ke kPJ petang tu gak. tup2 bangun je dr tido around 2 pm, BB plan nak gi opis plak. korang ingat dekat ke opis dia? nak kena seberang laut wei..aku dah bengang la..dah tau sakit, nak jugak pi opis. tapi itulah BBku...terlalu komited shingga wife tomei dia ni kdg2 merajuk..heheh..saje nak manja2 gitu.

aku teman dia ke opis. sampai opis dalam kul 4.30 pm. masa nk kuar keta, bos BB call tanya dah smpai ke belum. nak kena buat decision pasal parking for tenants lak. waduh, mesti lama nih..aku tunggu dalam keta 45 minit gak le.. 5.15 pm, BB kuar dan kami mula ke KPJ. sampai kat kPJ dalam pukul 6.30 pm. jalan punye jem. tu cuti sekolah tu..penang memang la sakit...

BB masuk ER. dok cek dn suggested buat scanning esok..(isnin). dia bagi ubat tahan sakit..

esok (22/11), kami ke KPJ dalam pkl 8.30 am. tunggu bukan main lama. dok masuk keje kul 10 am rupanya..BB buat urine test, blood test dan ct scan. n acc. to dok. ada 20% blood dalam urine. byk tu. kidney BB bengkak. ada stone lak sangkut kat kidney, dok tu namanya DR AFZAL. so dia suggest laser. Wah, BB nak kena laser la plak..aku dok ingat macam dalam TV tu, laser ke kat atas kulit..direct...heheh..mana tau..byk sngat terpengaruh ngan tv. rupa2nya wire laser tu akan dimasukkan melalui saluran kencing terus ke kidney dan akan dilaser di sana..aduh, kesian BB..mesti sakit..

BB masud ke wad pukul 5.30 pm. kami ambik single room. tak mau campur ngan org..kan wife tomei dia nak temankan..rate RM 250. macam hotel je..BB dilaser pada 23 Nov jam 10 am. kami kuar dari KPJ 24 Nov jam 6 pm..tapi apa yang aku nak puji, staff KPj memang best. kami tak pyah beratur ambik turn nak ambik ubat atau segala mak nenak macam spital gomen tu, semua disediakan..tunggu dalam bilik je. first class service katakan...

Monday, November 14, 2011

Salam Senin...


Lama betul tak jengah belog ni..sibuk yang membuatkan aku terlupa sebentar.. kebelakangan ni asik hujan je. kat tempat korang hujan tak..hujan rahmat. nak bersihkan noda2 kat bumi ALLAH ni.

aku macam biasa je. life macam tu jugak. cuma semakin happy je. happy sebb apa yang telah berlaku dah semakin baik. rupanya  aku kena kontrol sikit emosi aku. dan finally aku semakin ok. tak semua benda kita kena tekankan..yelah, kdg2 aku terlalu ambik berat semua benda, yang nak merana hati perut otak sendiri la..so, aku dah ambik pendekatan positif, kalau org nak sakitkan hati kita pun, kita positifkan aje. so, hati tenang. taun ni tak tau nak holiday kat mana lagi. plan nak gi Johor tapi tak sure lagi sbb BB nak kena settle jadual dia dulu. but for sure 2 minggu lagi ke Perak. jemputan kenduri banyak weh. tak terlarat rasanya nak pegi semua. korang camana? aku percaya mesti sama ngan aku kan. 

UPSR result tinggal 2 hari lagi . seram sejuk jugak aku rasa nih. nak menangis ke senyum taun ni? ;)
 

Designed By Blogs Gone Wild!