Wednesday, November 30, 2011

BB kena laser!!!

22 Nov tarikh yang akan aku ingat sampai bila2. nak tau sebabnya? sebab tarikh tu la permulaan BB aku kena masuk wad. dia dah mula sakit hari ahad 21 Nov lagi masa tgh shopping..then kami proceed ke klinik 1 utama. dok cek urine. cakap apa darah dalam urine. bagi ubat. tp sakit still ada. proceed ke klinik dr azhar lak. masa tu dah malam. dok tu cek urine again. blass...tak ada blood lak. heran tul. dia suspek apendik or batu karang. dia bagi pain killer. malam tu balik BB boleh lena. yelah sbb ada pain killer..ia telah membunuh semua kesakitan dan penderitaan BBku. cian dia. tapi kami tahu sakit tu akan datang lagi..biasa la..it still inside kan? pagi esoknya, kami ke BAgan Specialist nak scan. rupa2nya hosp. tu tak ada urologist..bukan ke namanya SPECIALIST? patut semua ada la kan.. masa tu BB dah mula rasa sakit sikit2. kami dah decide nak ke KPJ lak. tp b4 tu nak try cari belimbing buluh dulu. MIL kata boleh sembuh. so kami ke Rantau PAnjang, Penaga. kebetulan kawan aku ada pokok ni. dapat je buah tu, kami balik dan aku pun apalagi start la proses buah ni nak buat jus. hehehe.tapi hasrat tak kesampaian lak...tersilap guna blender yang aku selalu dok blend cili..BBku cakap jus ni rasa pedas la..alamak..bila aku try memang pedas amat.cian BB. dia lena..kami plan nak ke kPJ petang tu gak. tup2 bangun je dr tido around 2 pm, BB plan nak gi opis plak. korang ingat dekat ke opis dia? nak kena seberang laut wei..aku dah bengang la..dah tau sakit, nak jugak pi opis. tapi itulah BBku...terlalu komited shingga wife tomei dia ni kdg2 merajuk..heheh..saje nak manja2 gitu.

aku teman dia ke opis. sampai opis dalam kul 4.30 pm. masa nk kuar keta, bos BB call tanya dah smpai ke belum. nak kena buat decision pasal parking for tenants lak. waduh, mesti lama nih..aku tunggu dalam keta 45 minit gak le.. 5.15 pm, BB kuar dan kami mula ke KPJ. sampai kat kPJ dalam pukul 6.30 pm. jalan punye jem. tu cuti sekolah tu..penang memang la sakit...

BB masuk ER. dok cek dn suggested buat scanning esok..(isnin). dia bagi ubat tahan sakit..

esok (22/11), kami ke KPJ dalam pkl 8.30 am. tunggu bukan main lama. dok masuk keje kul 10 am rupanya..BB buat urine test, blood test dan ct scan. n acc. to dok. ada 20% blood dalam urine. byk tu. kidney BB bengkak. ada stone lak sangkut kat kidney, dok tu namanya DR AFZAL. so dia suggest laser. Wah, BB nak kena laser la plak..aku dok ingat macam dalam TV tu, laser ke kat atas kulit..direct...heheh..mana tau..byk sngat terpengaruh ngan tv. rupa2nya wire laser tu akan dimasukkan melalui saluran kencing terus ke kidney dan akan dilaser di sana..aduh, kesian BB..mesti sakit..

BB masud ke wad pukul 5.30 pm. kami ambik single room. tak mau campur ngan org..kan wife tomei dia nak temankan..rate RM 250. macam hotel je..BB dilaser pada 23 Nov jam 10 am. kami kuar dari KPJ 24 Nov jam 6 pm..tapi apa yang aku nak puji, staff KPj memang best. kami tak pyah beratur ambik turn nak ambik ubat atau segala mak nenak macam spital gomen tu, semua disediakan..tunggu dalam bilik je. first class service katakan...

0 comments:

Post a Comment

 

Designed By Blogs Gone Wild!