Thursday, May 31, 2012

hari ni dikejutkan dengan kematian anak rakan guru, ustazah mazlina yang baru berusia 3 bulan lebih. sebab kematian tercekik susu. bila dengar perkataan tercekik susu, naik heran gak sebenarnya. walaupun selalu kita dengar kat media pasal isu ni. tapi tak berapa nak ambil tahu sgt. ni sbb berlaku kat orang yang aku kenal sgt. dengan tiba2 aku jadi ingin ambik tahu semua benda. 

bagi ibu2 muda skang, mungkin terlalu ambik mudah cara nak bagi susu kat baby. sebenarnya banyak yang kita beringat-ingat. dapat free course je aku hari ni dari cikgu2 yang banyak pengalaman bab anak2 ni,

so, aku nak kongsi la sikit dgn uols..

masa nak menyusu baby tu, angkat sikit kepala baby tu. bagi tinggi untuk memudahkan susu tu masuk ikut saluran yang betul. lepas baby dah kenyang, kena tepuk2 sikit bagi keluar bunyi 'burp' atau dengan kata lain sendawa la..then baru la boleh baringkan dia. itu yang aku dapat hari ni..

ni yang aku sempat google tadi..moga jadi panduan buat semua :
Sebab-sebab bayi tersedak susu
1. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
2. Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
3. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.
4. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.Cara yang betul memberi minum susu kepada bayi
1. Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
2. Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.

3. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

4. Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.

5. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.Cara rawatan jikalau bayi tersedak susu
1. Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
2. Keluarkan sebarang bendasing di dalam mulut bayi.

3. Duduk dalam keadaan menghadap kehadapan.

4. Tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.

5. Selain itu, tekan di bahagian perut bayi ketika bayi dibaringkan.

6. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula. 



Wednesday, May 30, 2012

salam untuk yang tersilap jengah belog aku ni..heheheh

hari ni berlingkar kat atas tilam penyek kat depan tv je. tak larat sebenarnya tapi still boleh menekan keyboard ..;)

hm, tak ada plan apa pun hari ni. nak continue marking paper pun tak nak. aku dah susun elok je kat bawah meja tu. dapat happy news dari kakak angkat aku, Sabariah Hamit yang keje kat KL nun. dia dah pregnant 5 bulan. seronoknya aku. dah lama sebenarnya tak jumpa dia. masa dia nikah dulu pun, aku tak sempat nak pergi. last jumpa dia kalau tak silap taun 2008. ni dah 2012. pandai2 la kira sendiri berapa taun aku tak jumpa dia. 

perut lapar tapi malasnye nak masuk dapur. peti ais aku ada aiskrim conetto je. tadi dah la bekfas ngan burger semalam. memang saje beli burger lebih. pagi boleh panaskan untuk makan. memang malas aku kan? ahaks



Tuesday, May 29, 2012

ari ni lepas je BB ke opis (7.00 am) terus aku pegang gunting rumput. nak cantas rumput kat depan. tapi saat tu jugak la hujan turun renyai2 . macam tak nak bagi aku mencantas je..dah la memang tahap malas tinggi ni. aku paksa gak cantas tapi tahan la dalan 5 minit.heheh..pastu siram bunga w/pun memang dah hujan. cam tak berapa betul je aku rasa. bila masuk balik rumah, badan mula seram sejuk.alamak, ni tanda2 nak demam dah ni. baru kena hujan sikit dah lain macam. nampak sgt daya tahan badan aku dah lemah. nak kena supplement ni. kasi cergas balik.

pagi ni habiskan masa aku buat claims cikgu2. lambat lagi kalau ikut due datenya tapi aku pun nak bercuti gak nanti. baik aku buat siap2. ingatkan boleh buat lancar je claims tapi ada jugak yang nak kena cek calendar. masuk tarikh pun cam tak logik je cikgu2 ni..hentam kromo je..

pastu aku terlena zzzzz ...sedar2 azan zohor. dalam sejam jugak la aku terzzzz. 

Monday, May 28, 2012

ASSALAMUALAIKUM ....


Hm, finally aku boleh tekan2 lagi keyboard aku nih...life aku di sekolah macam biasa..sentiasa happy w/pun ada yang cuba buat otak aku biol kejap..cukuplah setakat biol sekali, kalau kali kedua pun biol sbb masalah sama memang tak patut ko,cik SCULLY oii..

hidup kena colourful kan? kalau tak ada sakit hati, geram, rindu, sayang, gila ( sikit2) cam tak cukup rempah ratus hidup ni kan? aku pun sama..dan yang pasti korang pun mesti sama kan? Alhamdulillah , aku dikurniakan satu DG lagi. wah kira up2 la sikit. bolehla aku kasi robek sikit poket yang dah sentiasa robek ni.hehe. 

plan nak travel2 tak jadi lagi bulan 6 ni. patut ke Bandung tp apa nak buat masing2 yang join trip ingat PRU bulan 6 so semua cancel. habis punah ranah impian travel aku.takpe..tunggu la bulan 11 ni. mau aku hayun sampai kering aku nanti. 

impian aku dari remaja pun masih tak tertunai lagi. teka apa dia? nak buat novel la ! asik dok baca novel orang je, nak jugak buat novel sendiri. plot dah ada tapi idea asik kering je. tak tau nak mula dari mana. nak kata aku sastera sangat tak ada la. aku bukan budak sastera apatah lagi budak jiwa karat.heheh..jangan marah ye. tak salah apa nak jadi jiwa karat tapi aku ni asik jiwa hangit je ..itu kata EN BB aku la..

9 hb Jun ni nak ke Ipoh sbb nak tgk adik ipar aku tamat latihan tentera. kira oklah tu. boleh ambik masa utk holiday gak walaupun dah beribu lemon aku ke sana. cuma 2 taun ni puasa kejap dari travel..pulus hangit la !! lagipun BB 2 taun ni kerap masuk spital. so, kena la byak rest. skang BB dah okay, aku lagi la ..yahoooooo!!!!!!

 

Designed By Blogs Gone Wild!