hari ni dikejutkan dengan kematian anak rakan guru, ustazah mazlina yang baru berusia 3 bulan lebih. sebab kematian tercekik susu. bila dengar perkataan tercekik susu, naik heran gak sebenarnya. walaupun selalu kita dengar kat media pasal isu ni. tapi tak berapa nak ambil tahu sgt. ni sbb berlaku kat orang yang aku kenal sgt. dengan tiba2 aku jadi ingin ambik tahu semua benda.
bagi ibu2 muda skang, mungkin terlalu ambik mudah cara nak bagi susu kat baby. sebenarnya banyak yang kita beringat-ingat. dapat free course je aku hari ni dari cikgu2 yang banyak pengalaman bab anak2 ni,
so, aku nak kongsi la sikit dgn uols..
masa nak menyusu baby tu, angkat sikit kepala baby tu. bagi tinggi untuk memudahkan susu tu masuk ikut saluran yang betul. lepas baby dah kenyang, kena tepuk2 sikit bagi keluar bunyi 'burp' atau dengan kata lain sendawa la..then baru la boleh baringkan dia. itu yang aku dapat hari ni..
ni yang aku sempat google tadi..moga jadi panduan buat semua :
Sebab-sebab bayi tersedak susu
1. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

2. Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
3. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.
4. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.Cara yang betul memberi minum susu kepada bayi
1. Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

2. Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
3. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
4. Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
5. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.Cara rawatan jikalau bayi tersedak susu
1. Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.

2. Keluarkan sebarang bendasing di dalam mulut bayi.
3. Duduk dalam keadaan menghadap kehadapan.
4. Tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.
5. Selain itu, tekan di bahagian perut bayi ketika bayi dibaringkan.
6. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

0 comments:
Post a Comment