Sunday, August 28, 2011

Salam Ahad..hmm. ada satu hari je nak raya..kalau raya jadi la Selasa ni. rumah masih belum berkemas lagi. semua benda tak buat lagi. dan mood nak raya tu sebenarnya tak ada pun. makin lama makin hambar suasana raya tu. aku sendiri tak tau kenapa itu yng aku rasa. dan bila ku tanyakan pada kawan2, itu jua yang mereka rasakan rupanya. masa budak2 tu seronok kan? kalau tak ada baju raya, kasut raya memang tak sah. tapi skang, terus terang aku cakap, aku tak beli pun lagi baju raya. ntah la. nak cakap pun tak guna. bukan semua orang paham apa yang aku rasa. hari ni bila tgk resipi, teringin nak buat. cookies yang senang2 je. tu pun kalau Allah bukakan hati aku nak buat. taun ni aku beli 2 jenis biskut aje. tu pun sebekas dah abis aku makan. tinggal la biskut tart je. yang lain aku beli kacang. BB beli 6 jenis kek lapis taun ni. aku beli satu. so ada 7 jenis kek. mulanya memang beli tu niat nak agihkan tp tak jadi. biarlah aku dan BB je yang tahu...emosi aku taun ni agak teruk gak la. BB dah mula agak tapi buat masa ni aku masih boleh cover lagi. aku tak mau dia risau. kesian dia. asik pikir masalah aku je. sayang sangat aku kat dia. Moga Allah panjangkan jodoh kami. biarlah kami berpisah mati. itu yang aku harapkan.

agaknya bila korang baca note aku hari ni korang mesti terpikir apa benda la aku dok merapu sangat ni, kan? itu la bak aku kata tadi, taun ni aku emosi terlebih. korang kalau dah terbaca tu, buat tak tau jelah ye..aku just nak luahkan apa yang aku rasa. banyak sangat benda yang berlaku sejak taun lepas. aku selalu sematkan dalam otak aku yang AKU KUAT !!! kalau tak dah lama aku rebah tersungkur. mujur BB ada di dalam diri aku. dia la yang buat aku kuat. buat aku tersenyum. buat aku cemerlang terhadap diri aku. semakin dekat raya, semakin aku takut pada diri ini. takut jika aku rebah lagi. Tuhan menguji aku...sungguh..Tuhan menguji aku lagi. 

Tuesday, August 23, 2011

Semalam BB bawak balik ikan. ikan patin dan ikan talapia...aku tak penah masak ikan2 ni sebenarnya. tapi pernah dengar dan baca ikan patin masak lemak tempoyak best amat...rasa macam nak cuba untuk berbuka malam ni. cek punyer cek internet, rupanya banyak versi cara nak masak lemak tempoyak ni..aku singgah la kedai balik sekolah tadi. cari daun kesum dan bunga kantan..memang tak ada..hadu..nampak gayanya masak lemak aku memang sah main campak yang mana ada je la ye...moga 2 menjadi....

Tuesday, August 16, 2011

hari ni tak ke sekolah. kepala pusing. nak bangun pun tak larat. then ambik crk. rest je kat rumah. bukan boleh tido pun. last2 tgk tv. tp kepala still gitu. nak makan ubat, dah namanya posa. selagi boleh tahan aku tahan ler. 

sakit kepala aku sampai le ke waktu nak berbuka. agaknya angin la kot. so aku bukak posa minum air sikit then terus makan nasi. then, pusing kepala aku terus hilang..ajaib kan? nak kena soru rupanya..

berbuka posa sorang je malam ni. BB ada majlis kat opisnya. so, dia terus proceed bukak posa kat sana la..hilang selera aku makan sorang ni. menu aku malam ni dried fish curry..aku guna rempah suri. first time dengar masa aku pi beli ikan kat kuala sg abdul mgu lepas. makcik tu promote sakan.aku beli ajela..ternyata memang sedap. kalah alagappa..adabi ..respek aku kat makcik ikan tu.

Sunday, August 14, 2011

Alhamdulillah..hari ni dah masuk 14 Ramadhan. sekejap je ku rasa masa berlalu. perbagai citer pahit manis yang ku dengar dalam tempoh 14 hari posa ni. dan akan ku ambik iktibar di atas segalanya.

Tuhan menguji hambaNya yang mampu. itu yang sentiasa kusematkan. pada mulanya ku rasakan amat sukar untuk menerima segala yang berlaku. dan bagaimana harus ku respon. tapi Tuhan tunjukkan jalan. semuanya di atas kesabaran. 

kegembiraan, senyuman, gelak ketawa ternyata boleh memalsukan emosi. dan ku rasa ia merupakan satu penzahiran yang sempurna. kesedihan tidak perlu dikongsi kepada semua orang. cukuplah dengan mereka yang boleh mendengar dan menerima dengan positif. dan orang yang terapat dengan diri kerana mereka tidak akan mengondem tetapi sentiasa memberi nasihat dan menyokong.

bagiku 20% masalah sudah menunjukkan kesan positif. mungkin ada yang terkejut hahah..baru 20% dah rasa yakin akan selesai? ye..aku yakin dengan janji Allah. walaupun agak lambat, namun ia sudah tertulis. dan aku amat yakin ia akan selesai. itu yang ku sentiasa doakan.

terbawa2 emosi pada pagi ni..dah lama rasanya aku menutup emosi diri. Ramadhan ini terbuai2. Alhamdulillah tenang rasanya. ku tidak bisa menzahirkan perasaan diri. coretan hanya mampu menzahirkan suku perasaanku. hanya hati yang mampu memahami.

Saturday, August 6, 2011

POSA....

posa kali ni agak mencabar sikit bagi aku sebab perut aku dah mula buat perangai. lepas je bukak posa mesti sakit. angin sebab perut kosong. kalau tak sahur lagi teruk..yang dah sahur ni bila petang je dah mula rasa bahang sakitnya..Tuhan menguji aku...Alhamdulilah takat ni aku masih lagi bertahan..

masak? hm, nak tak nak kena la. BB aku balik agak lewat minggu pertama posa ni. so, nak melepak cuci mata kat pasar ramadan masih belum sempat lagi la. aku mula masak jam 6 petang. biasa la sebelum tu appoinment ngan tv dulu. masak pun simple2 je. takat ni aku dah masak pajeri terung, daging goreng, kari udang. tu pun dah rasa macam dah abis idea.hahahah..biasa la aku ni ilmu masak memasak ni masih terhad lagi. so makan ajelah apa2 yang patut...heheh kesian BB aku. 

Friday, August 5, 2011

KAWAN2 BEST COHORT 2

rasanya dah agak lama aku tak jengah belogku sayam ni..malas bertimpa2..heheheh..boleh ke malas bertimpa2? dua tiga menjak ni asik kena kursus je. rasanya sampai dah naik blue mata aku..maklumlah kursus bi. tapi dah nak sampai penghujung dah pun. hahahah..9 hari semuanya babe..lama tu. tapi seronok sbb aku jumpa geng yang best amat. dan rasanya sukar dah nak jumpa group paling best ni. so aku nak citerlah sikit pasal depa ni semua..cheewah....mesti bangga depa bila tau aku tulis pasal depa kan? hahahahah


ni la cohort 2 (2011)...so proud to be one of them..9 days course  tu...


Delimawati aka Kak D. cool amat akak sorang ni. memang aku suka tgk muka dia. lembut dan cool je. memang ada sifat2 kekakakan..hahhaha...aku ni susah jugak nak serasi ngan org tapi bila tgk dia, hatiku menjadi cair. dia pendiam orangnya dan amat teliti dalam kerja. dan tak suka join aku buat mulut...hehehhe..

Nur Izzati aka ZatiMj. muda belia lagi budak ni. baru balik dari obersea nun..plymouth...heheh. fresh la ngan lesson plan...kira cilok dia punyer lp la nak buat presentation...tapi yang kami pikir sendiri pun ada tau...


Kak Azah, best giler..selalu buat aku tergelak dgn sikap dia yang lurus. tapi aku dah mintak maaf tau ngan dia sebab selalu gelakkan dia. tak ada niat pun nak gelak tapi tergelak jugak. dia ni selalu lupa password. sampai hari last baru dia ingat p/word tu pun aku dok paksa dia suh simpan dlam hs..kalau tak mau dia lupa lagi..


Zuliana Talib atau Zue, sama2 dapat APC ngan aku taun ni...heheh..tak sangka lak jumpa dia kat majlis tu...pendiam dan byak mendengar. budak ICT nih. sama unibersiti ngan aku. sama matrik jugak. tapi junior aku la.


agaknya bila la nak jumpa lagi. zatiMJ memang dah ikat janji ngan aku. nak pi makan McD la kononnya...nampak gayanya tu je cara nak jumpa lagi..apapun aku akan rindu geng plymouth ni...huhuhuuu
 

Designed By Blogs Gone Wild!