Alhamdulillah..hari ni dah masuk 14 Ramadhan. sekejap je ku rasa masa berlalu. perbagai citer pahit manis yang ku dengar dalam tempoh 14 hari posa ni. dan akan ku ambik iktibar di atas segalanya.
Tuhan menguji hambaNya yang mampu. itu yang sentiasa kusematkan. pada mulanya ku rasakan amat sukar untuk menerima segala yang berlaku. dan bagaimana harus ku respon. tapi Tuhan tunjukkan jalan. semuanya di atas kesabaran.
kegembiraan, senyuman, gelak ketawa ternyata boleh memalsukan emosi. dan ku rasa ia merupakan satu penzahiran yang sempurna. kesedihan tidak perlu dikongsi kepada semua orang. cukuplah dengan mereka yang boleh mendengar dan menerima dengan positif. dan orang yang terapat dengan diri kerana mereka tidak akan mengondem tetapi sentiasa memberi nasihat dan menyokong.
bagiku 20% masalah sudah menunjukkan kesan positif. mungkin ada yang terkejut hahah..baru 20% dah rasa yakin akan selesai? ye..aku yakin dengan janji Allah. walaupun agak lambat, namun ia sudah tertulis. dan aku amat yakin ia akan selesai. itu yang ku sentiasa doakan.
terbawa2 emosi pada pagi ni..dah lama rasanya aku menutup emosi diri. Ramadhan ini terbuai2. Alhamdulillah tenang rasanya. ku tidak bisa menzahirkan perasaan diri. coretan hanya mampu menzahirkan suku perasaanku. hanya hati yang mampu memahami.
0 comments:
Post a Comment