Monday, November 22, 2010

KONVENSYEN KIK 22/11/2010



Hari ni merupakan hari yang sangat ku nantikan. hari bertuah bagi suamiku. sbab? sebab hari ni hari penting untuk KIK. masa kami check in kat awana genting, bukan main ramai lagi aku tgk org2 socso. dan betullah kata suami aku, ni lah masa nak tonjolkan diri dgn program yang yang mereka dok bersengkang mata tu. yelah projek satu tahun. dan yang hadir pada hari ni semua bos2 besar dan penilai adalah dari INTAN. Tajuk projek ialah proses permohonan cuti secara automasi. dan program yang dibawa hasil rekacipta bersama ialah ATlas. dan program tu aku yang bagi namanya..heheheheh...iaitu AUTOMATED LEAVE APPLICATION AND STORAGE.. dan tanpa disangka penilai dari INTAN memuji habis projek ni..tapi tak taula menang ke tidak..tapi ini merupakan projek pertama suami dan juga jabatan so bagi aku kira dah menang la. terpilih dari semua pejabat socso seluruh malaysia cukup besar kejayaannya.. hanya 4 jabatan yang terpilih dari 44 buah jabatan. heheheh...sengihku agak lebar. maklumlah kejayaan suami kejayaanku jua.

Thursday, November 18, 2010

CUTI RAYA A.K.A CUTI SEKOLAH

ari terakhir kat sekolah rupanya meninggalkan kenangan yang pahit buat aku..hahhaha..aku terlekat tulang ikan duri kat celah gigi..Ya Allah bukan main panjang lagi tulang ikan tu. tembus dari belah sini ke belah sinun gigi.. mujur gusi aku tak luka..disebabkan kejadian tu, jari aku kehilangan sedikit kukunya menyebabkan kukuku yang cantik..hehheh hilang seri pada hari raya haji..dan sakitnya tak terkata..minyak gamatlah penyembuh cepat luka tu.

hujan tak berenti2 skang ni. menjelma petang seolah memanggil hujan dan disertai guruh yang kuat. tapi nyaman sekejap badan aku ni.

ari ni aku boring sungguh. puas aku ngadap tv, aku ngadap lappy..puas ngadap dua2 tu aku ngadap pinggan nasi...hehhe..camana tak besar kan?

Friday, November 12, 2010

???????????????????????

2, 3 hari ni memang banyak benda berlaku kat sekolah. male teachers memang sakit jiwa kot. until now i cudnt imagine what thy were thinking at tat time. it was the happiest day for all the students plus the teachers but they were making an idiotic drama...none of them appeared in the hall. they seemed to vanish w/out a warning. and the responsibilities to handle the students and parents were on us. but we cud handle it smoothly. w/out any probs and the parents seemed to notice tis.

it started from the word JEALOUS. how much i hate that J word. the male teachers are jealous of female teachers. Whoooooa... hahahahah.....please grow up men...it is nothing to be compared to what had happened before. their stupid words coming from their stupid big mouths are really fantastic...two thumbs up for them.. thy really showed their stupidity by expressing their emotions in their Fesbook. and the best part is thy share it with our students...n the students gave comments w/out knowing the truth. accusing their own teachers because of tat stupid confession from the teachers themselves.

i got a call from my fren around 9.30 pm last nite asking me to read comments frm Fesbook. but i cudnt because my rules say NO to any requests made by students and teachers frm my school. so my fren had to read all the comments. one of the respected ustaz in our school really made me pissed off by saying tat we are the sapi, we extract the milk frm the cow, n then we got the name. in bm....lembu punya susu sapi dapat nama. so now we r the sapi side n thy are the lembu side. tis is really absurd.

thy talked bout our sincerity in teaching. ALL THE STUDENTS CAN READ TAT COMMENTS...n wat will thy think bout the teachers?

if u, male teachers want to teach year 6, please...please do proceed ur wish and it will be granted if u r qualified enough!!!!!!!!!!!!\

Thursday, November 11, 2010

UPSR 11/ 11/2010

Hari ni hari kemuncak segala-galanya. pada saatku melihat GB tersenyum aku dah agak kali ni mesti result best.
Alhamdulillah akhirnya kejayaan milik semua. GPS sekolah adalah yang terbaik. 1.67. wah kira cemerlang lah. tapi aku jugak sedikit keciwa sbb anak muridku 2 org yang failed. dan yang lucu sorang dari yang failed tu tak datang pun ambik result hari ni. memang aku dah agak pun. ada jugak anak muridku yang tak dapat menerima kenyataan tak dapat 5A. nak tergelak pun ada. siap menangis meraung lagi. yolah agak2 la. dok kelas akhir. sebelum ni pun asik bergilir C ngan D je. tup2 nak 5 A. isk..isk..sapa nak jawab tu? bila aku cakap bersyukurlah sebab semua lulus tak ada yang gagal, siap cakap mak cakap dalam ujian takpe kalau gagal tapi UPSR kena dapat 5A. lagi aku fenin. mak ngan ayah tak pulak datang. macam2 parents nih. dah tu aku blah macam tu je. nak cakap apa lagi...

English- 44 orang dapat A.
5A - 31 orang.
dan yang paling penting murid aku ( kelas last) ada 3 orang dapat B for BI. 2 orang gagal. oklah dari taun sudah. 4 orang gagal.heheh..nampak gayanya jadi la chicken chop aku.

Sunday, November 7, 2010

HILANG

hilangnya seorang rakan
panas barannya
yang mungkin tak daya ku tahan
entah kenapa amukan menggilanya
seolah aku menjadi punca


tak tahukah dirimu
aku baru di sini
hendak ku capai semua
tak tercapai dek gapaianku
hendak ku hayun segala
sesatlah diriku


bila mahu ku tuju dirimu
kau tepis segala
seolah menghalangiku
tempat jumpa mendadak ubahmu
seolah rasa ketemu tiada di mindamu


kau aturku ke sana sini
seolah aku local sekali di tempatmu
sedangkan langkahku ayun perlahan sekali
mata melilau di skrin gps
melihat jalan agar tak terlepas
namun akhirnya baranmu kau lepas
aku terkesima mendengarmu berbicara


janjiku atur 
namun bila ku saja mengujimu
dengan mengatakan ada aral
pantas kau mengatakan ya
seolah janji yang dirancang tiada di minda
dan terus pergi hilang dibawa angin senja


aku yang mendengar terus buntu
inikah yangku dapat
hasil jalan jauhku
hasil habis wang belanjaku


aku usaha ingin ketemu
sanggupku ubah arah inapku
mungkin dekat bagimu
tapi belanjanya maukah kau daya
jika ini hasilnya


akhirnya ini yangku nampak
ikatan kawan sudah tiada
tiada gunanya aku menggembala
mencari sirna terkapai-kapai
ku tau ikatan sudah hilang
kerna dirimu yang cemarkan ia

Friday, November 5, 2010

RINDU

Rindunya rasa
Tapi apakan daya
Memerap rasa amatlah perit
Bila sesekali ia bertandang
Rasa ingin rebah semangat hati


Rindunya rasa
Apakah dirimu ada jua rindu
Apakah dirimu masih ingat diriku
Atau rindu sudah menjadi kusam?


Jika diputarkan waktu
Ingin sekali ku hancurkan silam
Hapuskan benci yang bertandang
Tapi tiada dayaku


Dan ternyata
Hari ini rindu itu datang
Menjengukku sekali lagi
Mengujiku lagi


Ku tahankan rasa
Ku jerut rindu
Agar menjadi tipis seketika
Supaya bila keadaan reda
Rindu memuncak
Dan kita sama redha

JALAN2 KE MASJID INDIA - 5 NOVEMBER 2010

Aku dan suami start kuar hotel dalam pukul 10. 20 pagi. tahan cab kat depan hotel. then terus ke jalan TAR. heheh...pakcik driver tu rupanya tersilap hantar kami ke Chow Kit. aku ngan suami tak perasan lagi masa tu..then aku perasan bila rasa lain. aku nampak CITITEL Xpress. sah ni silap tempat ni. then malas nak jalan. tahan cab lagi. kali ni driver bawak macam pelesit kota. ngeri aku. tp dia hantar tepat ke Masjid India. lega sebab berjaya sampai. sampai aje, aku dah mula sengih lebar. nampak macam2. round punya round belilah kain pasang 7 helai. murah...4 helai untuk aku. dan lebih untuk family. then aku sapu brooches. hb aku tak beli apa pun. biasala org lelaki. pakaian depa bukan ada sangat kat situ.hehh..then , kami mula cari makan la.. sapu nasi 2 bungkus, mi kari, dan soto. perg...kenyang la nanti.
Then kami tahan cab dan balik semula ke hotel. soping pun tak lama. dalam kul 1 lebih kami dah sampai kat hotel..boleh la rehat jap....

Thursday, November 4, 2010

SOGO OOOO SOGO

3 hb aku dan suami dah on the way ke KL..sekolah aku dah start cuti depavali. awal dr semua sekolah aku rasa la. ah tak kisah yg penting aku dan suami dapat bercuti lagi...kami stay kat The Zon All Resident on the park...hotel Dato K la...dah la nak cari jalan macam hampeh..seksa betul. tu dah pakai PapaGo.( GPS System).  Kalau aku pakai Garmin mau tak sampai aku ke hotel. kami sampai dalam pukul 3 petang. selesai semua, rest sekejap. then dalam pukul 7.30, kami plan nak kuar ke SOGO. sampai di sogo, masuk je parking, problem dah mula. nak masuk parking tak tau cara la. no ticket macam biasa. apa yg kami nampak token sebesar syiling 20 sen dlam lubang. nota atas tu tulis." please push the token".. apalagi push..push..tak angkat2 pun bar parking tu. suami aku dah mula bengang. then push lagi sekali, baru palang terangkat. tapi kami heran la, bila dah masuk dalam tanpa ada apa2 tiket nanti camana nak kuar...ok lgi...kami masuk then kebetulan ada satu bro ni baru kuar keta. so kami tanya. dia pun mengalami benda yang sama.tp dia ambik token tu tanpa tau untuk apa..hah sudah..problem dah mari ....apalagi kami mula la cari security..then dia cakap benda ni dah byak kali jadi. dia bawak kami kuar kat main entrance. tinggal kami kat situ sambil dia cari solution...ok...kami tunggu..senyum lagi. then dia datang suh kami follow dia pi customer service..kami ikut. sampai sana, masalah timbul lagi. dia suh kami turun cari maintenance lak...ok.takpe..kami still boleh tolerate. kami turun pi area parking. cari manusia yang terlibat ngan maintenance. haram.sekor pun tak ada. hb aku dah mula merah padam dah..aku tau sgt hb aku, kalau dia tgh control anger, muka dia memang merah macam udang kena bakar..aku senyap je la...dalam hati baik jumpa sekor maintenance, kalau tak mau kena baling meja malam ni...hehehe..then kami naik ke customer service again.. sampai kami kat sna, aku dah mula naik hangin satu badan. oh no..mereka buat tak layan.apalagi aku hentam bahasa jerman la... baru dah mula nak call sana sini. hb aku dh mula ketuk2 jari kat kaunter tu..aku dah mula tarik muka muncung berjuta2.. lama gak la kami melepak bodoh kat situ. then aku dah mula angin balik. kami pi kaunter dan aku dah mula hilang kawalan diri. aku. then aku tanya solution apa dia nak buat. takkan keta aku tersadai kat situ? dan kami tak boley kuar la? dia kata tak boleh buat apa sebab token tak ada. aku cakap la..kami tak ambik token tu. macam mana boleh tak ada lak. dia cakap kalau token tak ambik palang tak boley naik. hb aku dah mula hangin balik. o...abis tu kami buat magic la keta ada kat bawah tu???? then kami ni curi la token tu.nak buat apa? bukan laku pun..budak2 tu senyap je. aku tanya lagi...cctv takkan tak nampak kami masuk? cctv tak nampak la kak...hah?? tak nampak? aik...cctv cap ayam ke? then barulah dia cakap...cctv tak function la kak...hahahahahahahahah...mau aku nak hempuk je kepala budak tu kat meja. bukan main byak songeh..cakap je la terus terang..memang ada probs. then aku cakap klau nak kuar jugak camana? akak kena bayar RM 50 untuk ganti token cap ayam tu. oooooo..kena ganti untuk benda yang kmi tak ambik???/  what the heck???????/ aku dah malas nak bertekak dah. byar pun bayar la..yg penting kami kuar dari tempat puaka tu....

WAHAI SOGO...ZAMAN SKANG DAH TAK PAKAI TOKEN DAH. INGAT NAK MAIN GAME? PAKAI TOKEN ...BUAT LAWAK LA..PAKAI AUTO PAY DAH..NI ZAMAN MODEN...DOK KAT TGH KL TAPI BANGANG. STILL PAKAI MAT BANGLA JAGA TOKEN KAT EXIT...ISK..ISK...KESIAN AKU...


then, untuk cover balik geram , hari ni kami ke 1 Utama. lagi senang. pakai ticket....tak pakai token2 sdah..macam la aku dok di hulu banat..aku dok Penang wei...tak main la benda2 lapok ni..heheheh..saja nak lepas geram. rembat baju kat MS Read...hheheh...RM 159...blouse..cantik sgt..laki aku macam biasa la baju polo dia..RM 169. sakit hati punya pasal. then pekena lunch kat otak2 cafe..ok la jugak. then kami balik hotel.

malam ni plan nak ke kg baru. cari makan..tgk la camana..

TAHNIAH SUAMIKU

Terasa berbaloi penat lelah...aku tak sangka projek KIK suami aku berjaya mendapat perhatian...seronok aku bila melihat dia seronok. 21-23 ni tarikh keramat presentation. moga suamiku tidak gentar dan petah untuk present...tapi apa yg aku bangga sebab aku juga turut menyumbangkan idea dalam projek ni. software projek ni aku yang berikan nama...heheh...bangga tuh...Konvensyen akan dijalankan di Genting..wah bercuti lagi la aku kali nih...hahahah..bestnya....
 

Designed By Blogs Gone Wild!