Cinta? Dia cintakan aku ke? Tapi kenapa dia diam bak tunggul kayu bila kami berjumpa? Kenapa bila aku ceritakan luahan hati mak bapak aku suruh aku nikah, dia diam seribu bahasa. Aku heran dan bertambah lagi heran aku bila Fahmy anak Pegawai Risda nak datang merisik dia masih diam.
' Mil dengar tak apa yg Miah cakap ni?' tanyaku lagi.
' Dengar.' jawabnya selamba.
' Dah tu, takkan Mil nak diam je? Miah rasa mak dan ayah takkan tolak dah kali ni.' terangku.
' Baguslah tu. Fahmy tu pun kerja bagus. Sesuai dengan Miah.'
Aku terkejut mendengar kata2 Azmil. Semudah itu dia lepaskan aku. Sesenang itu cinta dan kasih dia pada aku. Buat beberapa minit aku terdiam. Dan setelah aku kumpulakan kekuatan, aku nekad.
' Mil tak sayangkan Miah?' tanyaku tanpa malu.
' Sayang. Kita dah lama kenal Miah. Sejak dari pra sekolah lagi. Kenapa Miah tanya macam tu?' tanya AZmil tanpa melihat aku.
' Abis tu, kalau dah sayang, takkan Mil sanggup tengok Miah kawin dgn Fahmy?'
' La, apa kaitan sayang kita dgn Miah nikah dgn Fahmy? tanya Azmil bingung.
' Abis tu, selama ni, hubungan kita ni? Mil tahu tak Miah sayangkan Mil.'
' Tahu. Miah kenapa ni?Mil tak paham la. Kalau Miah tak berkenan dengan Fahmy beritau je keluarga Miah. Tak payah la Miah nak buat drama kat sini lak. Isk, tak paham Mil. Selama ni Miah tak ada masalah pun tolak pinangan org.'
' Kita?' tanyaku lagi tak puas hati dgn jawapan Azmil.
' Kita? Kenapa dgn kita? Walau Miah dah kawin sekalipun, Kita tetap berkawan.'
' Apa Mil tak ada perasaan dgn Miah? Mil rasa tak apa yg Miah rasa?' aku mula naik darah.
' Miah rasa apa?' tanya Azmil lagi.
Aku terdiam. AZmil juga turut terdiam tapi tak lama kerana selepas itu dia nerenung aku dengan tajam.
' Don't say that U love me Miah. Mil tak boleh terima benda itu semua. Lagipun kita mana boleh kawin.' pantas Azmil memberitahuku.
' Kenapa kita tak boleh kawin? Miah cintakan Mil. Mil pun sayangkan Miah.'
Aku lihat Azmil menggaru-garu kepalanya yang pendek separas tengkuk itu. Dia seakan-akan bingung dengan pertanyaan aku.
' Miah, Mil tanya ni. Miah tahu tak dengan siapa Miah bercakap ni? tanya Azmil.
' Tahu. Dengan Mil la.' selamba aku menjawab.
' Boleh Miah beritahu Mil nama penuh Mil?' pinta Azmil.
' Alah, takkan Miah tak tahu. Kacang je tu la Mil. Nama penuh Mil Azmil Laila binti Derus.' jawabku lancar.
' Ulang lagi sekali Miah.'
'Azmil Laila bint....' aku terhenti.
Aku terpana seketika. Setelah begitu lama berkawan, akhirnya aku disedarkan dengan hakikat yang Azmil ialah seorang perempuan. Dan kawan baik aku. Aku terlupa dengan hakikat itu. Aku terbawa2 dengan penampilan Azmil yang menyerupai lelaki. Dan sifat baiknya telah membawa aku ke alam aku sendiri.
Dan bila ku toleh ke arah Azmil, apa yang aku lihat telah membuatkan aku malu tahap gaban. Azmil tergolek2 sambil memegang perut dan sungguh kurang asam kerana dia sedang menggelakkan aku yang tengah malu besar..Bodoh.....
Hehehe...itulah kenangan aku yang masih segar dalam ingatan. Kini aku telahpun berkahwin dengan Fahmy anak Pegawai Risda. Dan Azmil pula telah menukar imejnya rentetan peristiwa aku ari tu. Dia kini dikenali dengan nama Ela dan telah pun bertunang dengan Ustaz Majid, cikgu sekolah.
0 comments:
Post a Comment