Cik Ngah ada 6 orang anak. Cik Ngah dah kematian suami 8 tahun yang lalu. Cik Ngah tak bekerja. Cik Ngah bukan dari keluarga senang. Anak2 Cik Ngah masing2 kerja dengan swasta. Tak ada pun yang kerja dengan gomen. TApi anak2 Cik Ngah semua pandai2. Empat anaknya dapat masuk universiti. Tapi yang aku terkilan semuanya tak sembahyang.
Anak sulung Cik Ngah, Fikri kerja di Kilang Plastik. Lulusan Utm Skudai jurusan Art and Design. Anak kedua, FAhmi kerja sebagai pak guard di bank. Lulusan UM jurusan Banking. Anak ketiga Farina kerja sebagai jurujual di Kedai letrik TAn Seng Huap. Lulusan Uitm jurusan Seni Layar. Anak keempat masih belajar di UUm jurusan akaun. YAng kelima dan keenam masih lagi belajar. Sorang Tingkatan 4 dan sorang lagi Tingkatan 5.
Aku sebenarnya menumpang selama sebulan di rumah Cik Ngah sebab mak dan ayahku ke Mekah. Biasa la org tua mana yg nak anak mereka duduk sorang kat rumahkan? aku pula anak tunggal.
YAng aku heran mereka pandai lak bercakap pasal mati, hukum, syurga, neraka..tapi sembahyang tidak. kadang2 kepala aku buntu memikirkan apa masalah mereka. Cik Ngah langsung tidak menegur perbuatan mereka dan hanya membiarkan mereka . Ku akui mereka memang baik. tapi bagiku walau sebaik manapun kita kalau tak sembahyang tak ada gunanya.
Ramai sedara mara asyik bercakap pasal sepupuku..sekolah tinggi tapi tak kerja hebat. yelah kalau takat kerja macam mereka memang la tak hebat. alasan yang diberi kerja sekarang susah nak dapat. bagi aku macamana nak dapat kerja kalau sembahyang pun tidak. MAcammana doa nak sampai kalau tidak pernah menadah tangan memohon? bila mereka dapat temuduga kerja, mereka meminta Cik Ngah yang sembahyang hajat dan berdoa untuk mereka..dan Cik Ngahku akan bangun tengah malam buat sembahyang hajat sedangkan sepupuku siap berdengkur tanpa usaha. Pergi ambik air tawar buat hilang gemuruh pun tak guna kalau tak minta sendiri dari Allah..
Pernah masa azan dilaungkan, mereka lagi kuat memutar volume radio. Dan aku pernah menegur anak Cik Ngah yang kelima sebab solatku terganggu. dia agak terkejut bila aku minta agar ditutup terus radio sebab azan. tapi alhamdulillah dia mendengar dan mungkin dia malu kot.
Aku sebenarnya tak sabar nak pulang ke rumah kerana aku dapat merasakan badanku berbahang panas tinggal dalam rumah Cik Ngah. tinggal 5 hari lagi..dan aku akan pulang..sabarlah hati..
Add caption |
3 comments:
hang tulis sendiri ka cite ni.. best2..
tulis sendiri la...aku kan nak jadi penulis..kah..kah..kah..saje hilang boyink...kalau tak best pun tak pe la ilah..ehhehe..yg penting hati aku puas..:)
nice.. keep it up.. i'll support u..
Post a Comment