Tuesday, June 28, 2011

PUDING CEKELAT TERLEBIH SUDAH...

salam selasa uols...

hari ni aku balik 3.45 pm..sampai rumah terus masuk dapur..cayalah scully...ntah angin apa yang terhembus masuk ke badan ari ni. tb2 rasa nak buat puding coklat. sepanjang hayat tak penah buat ni..dulu ada la tolong mak aku masak tapi tolong jelah...mak suruh kacau. kacaulah aku...heheh. buat pun berpeluh2 ..tu baru puding. aku rasa kalau suh aku buat kek, mau rentung aku kat dapur tu..kah..kah..kah..buat punya buat, tengok warna coklat tu cam tak gelap aje, so aku tambah lagi coklat van hauten tu...sampai tinggal separuh plastik...puas hati aku ...aku lupa lak coklat tu akan jadi pahit bila terlalu banyak..tambah susu marigold, tambah telur,....try punya try pasal apa la tastenya tetap pahit...tambah gula then tak mau rasa dah...hahahahah..biarlah rasa apa pun..aku dah terlebih sudah...makan la mr hubby...

then, menu dinner lak..tb2 terasa nak makan rendang. tgk fridge, ada ikan kayu dan udang je...selongkar peti ais, ada gak daun kunyit. tapi tak ada lengkuas dan santan lak..hadu...time aku nak makan ada aje yang tak ckup..ah, lantak la..masak dan campak aje apa yang ada...

so, jadilah rendang ikan kayu aku. aku goreng french beans dan udang..hahahah..cukuplah 2 lauk aku plus puding coklat terlebih sudah...



Tuesday, June 21, 2011

selebet

rasa nak tergelak bila ada kawan lama cakap aku dah berubah...dulu aku selebet dan kini tak selebet lagi..hehehe..teruk jugak la penampilan aku dulu ye..masa tu aku kat matrikulasi..aku akui keselebetan aku masa tu..yelah, adik beradik ramai so pakai aje apa yang ada dan diberi oleh parents aku. maksudnya aku memang tak ada gaya langsunglah..masa mula masuk matrik, aku memang tak ada t-shirt banyak. apa yang aku ingat ada baju yang paling pelik aku pakai masa merentas desa..memang agak memalukan sbb baju tu lengan panjang dan warna striking pink. agak labuh. dan floral designs. dan baju tu sebenarnya bukan baju aku pun..baju zaman dolu2. tapi masa tu aku tak kisah pun. yang penting ada baju. memang aku ingat lagi yang senyum mengejek dan tergelak. tapi ntahlah masa tu aku memang tak ada muka kot..aku boleh buat muka blur je..biarlah..penampilan bagi aku tak berapa penting.. masa aku kat uum pun, macam tu juga..masa aku mula kenal dgn hubby, penampilan aku agak buruk..heheh..itu pengakuan ikhlas dari hubby aku selepas aku memaksanya untuk citer yang benar..hahahahah..memang malu pun ada tapi aku lega dan bersyukur sebab dia suka aku sebab aku bukannya penampilan aku. masa tu dengan jerawat, muka berminyak dan memang teruk jugak la..baju pun aku hentam beli aje..mana ada pikir sesuai tak dgn aku. yang penting aku suka, murah dan selesa. 

sejak aku berkahwin, penampilan aku tak ada lah vogue sangat tapi kira oklah dari dulu yang dianggap selebet tu..semuanya kerana hubby yang ku sayam tu. dia byak belikan aku baju yang elok utk ku..dialah mataku..sebb apa yang dia pilih semuanya cantik dan kena pada mataku..

sebenarnya apa yang membezakan keselebetan seseorang tu padaku ialah kerana wujudnya malu dan wang. jika tiada wang, maka selebetlah seseorang tu. macam aku dulu, mana ada duit nak cekau beli baju sebab masih depends kat parents. takkan nak asik mintak je, adik2 pun ramai. skang ni bila dah keje, ada duit sendiri, tiada alasan lagi untuk kelihatan selebet. semua orang nak kelihatan kemas dan cantik. 

faktor malu lak maybe ejekan dan pandangan sinis seseorang yang boleh merubah penampilan seseorang. aku penah lalui semua tu walaupun ketika itu, muka aku agak tebal gak. bila dah makin tuo ni, baru teringat kisah2 lalu. biarlah. ia akan menjadi satu memori bagi aku..so buat kawanku Ain, thanks babe...the memory will remain beautifully in mind...heheheheh

Monday, June 20, 2011

akukah ni?

gambar yang dilukis anak muridku, mirza...sama ke?

percaya tak percaya itulah potret aku yang dilukis oleh muridku, Mirza..ia hadiah kepadaku sempena dia pindah ke Sabah. hadiah terakhir katanya. bila dapat je gambar ni, aku rasa nak tergelak..yelak korang tengok betul2 parut yang ada kat dahi aku tu..dah macam parut Harry Potter dah,..hehehe. tpi parut tu memang clear sgt smpai murid pun boleh siap lukis..tahi lalat kat bibir pun ada tu. hahahah..clear sungguh mata si Mirza ni. sebenarnya ada dua potret aku yang dilukis tapi satu lagi aku lupa letak kat mane. so, ni jelah yang ada. aku percaya kalau diasah lagi, mesti dia boleh jadi pelukis yang baik. aku plan nak framekan aje tapi hubby aku kata tak sama langsung ngan muka aku...hehehe...tapi oklah..tak penah lagi murid aku lukis potret aku..cayalah Mirza !!!!!!!

Sunday, June 19, 2011

rumahku...syurgaku 2

ok..kali ni aku nak citer pasal deco dalam rumahku lak...tak ada la aku guna ID tu..mahal beb..aku pernah la menjengah ID kat bandar perda. saje nak tinjau pricing dia. heheh..memang tak terkejut beb..first time kami tertarik sbb dia letak harga yang memang reasonable...yelah harga yang tak berapa nak logik jika nak guna ID..so kami proceed utk guna iD la pada masa tu. then kami pi for second time,,terkejut sbb harganya dah lain la plak..makin tinggi lak..alasan ' kami ni compny melayu susah nak dapat harga hutang dari supplier sbb suplier cina so kami kena ambik cash dulu..harga cina kasi kat melayu memang mahal la kak,abang. so kami kena la ambik untung sikit '. kami terdiam. macam tu lak jadinya..heheh...kami kata nak tgk dulu quatationnye..kalau tak setuju, kami cancel je. dia cakap ok..'kalau mahal sgt kita boleh bargain ikut akak dan abang la.' so, dia datang rumah dan mula buat ukurannya. seminggu selepas itu, dia hantar email...mak aiii....semuanya RM 10 pluss untuk curtain saje..jumlah yang lain tak msuk lagi..senang kira RM 30k...fuhhhh...mengucap panjang aku ngan hubby. mahalnya..sebenarnya aku tak terkejut dgn harga sbb memang dah dapat agak ID memang mahal. tapi yang aku terkejut sbb harga yang dia beritau pada mulanya tak sampai Rm 10k...tiba2 melonjak smpai rm30k..huhu..cakap tak serupa bikin...camtulah..camana company melayu nak maju kalau macam tu..niat kami memang nak bantu melayu la tapi kalau dah cekik darah macam ni, baik tak payah..so, kami decide untuk upah ID lain..dan ID yang berjaya ialah Puan Aku sendiri dan suamiku yang emcem tu....dan di bawah inilah hasilnya....dan kami sangat berpuas hati dengan bajet kami..so, nasihat aku tak payah la pakai ID segala sbb kita sebenarnya tahu apa yang kita nak...

ni kitchen cabinet ( Ah YanG Contractor) - boleh tahan 20 orang atasnya dan dijamin tidak bocor

termasuk dgn hood dan dapur..

sofa beli kat Cavenci, carpet di Allamoda, curtain Allamoda

view living room dari tangga

view dari depan pintu

rumahku....syurgaku

ok...entry ni sebenarnya khas untuk kawanku ilah yang tak penah sampai2 kat rumah baru aku ni. dan aku pun rasa aku patut introducekan rumah aku ni kat dia..bukan apa pun, saje tumpang seronok untuk diri sendiri..keh..keh..keh..(dgn harapan pasnih boleh la ko singgah kat rumah aku ni)

rumah yang kami beli ni namanya Daffodil. berkonsepkan rumah mediterannian..tengokla atapnya. ke langit ko..!!heheh..penah kawan aku tanya, bila hujan nanti, air hujan tak masuk ke dalam ke? aku rasa macam soklan biol je dia tanya aku..kalau masuk apa pekdahnya buat atap macam tu? hehehe..tak adanya masuk hujan..don wori fren..tak tempias le...

rumah aku yang kedua dari hujung

porch boleh masuk 2 buah kereta 

bumbung ala mediterannian...
rumah aku ni menghadap jalan..cuma dipisahkan oleh pagar longkang je..kira tak le berhadapan secara terus dengan rumah orang.lega sikit nak parking keta pun senang. kalau tak, sesak la.sekarang ni kan kebanyakan rumah ada 2 kereta..tu tak plus anak menantu dan cucu cicit lagi..crowdednya !!!! bilik ada 4. bilik air tiga. stor satu. so ilah, kalau ko nak datang tu, anytime je la..

aku start pindah masuk rumah ni hujung bulan feb ari tu. tapi nak masuk rumah ni memang confirm abis duit. duit saving abis, duit kwsp hubby aku, duit pampasan xcident..semua lesap penangan rumah ni. kontraktor yang kami guna namanya Ah Yang..(hehe, nAMA manja gitu) baik dan kemas kerjanya. memang puas hati. kami buat kabinet dapur ngan dia la. sekali ngan hood dpur..memang berbaloi..

satu lagi sebelum masuk rumah pastikan developer dah settlekan semua defect rumah. dari yang paling kecil defect sampailah ke yang paling besar defect. kalau tak korang yang rugi..kami check defect sampai pintu tak ada skru satu pun kami komplain. kita bayar mahal2 mseti nak hasil yang baik kan. tingkap korang mesti check betul2. sbb ada tingkap yang tak boleh tutup.so, pandai2lah korang main bukak tutup tingkap tu.

kawan aku rumah dia lagi teruk. projek rumah dah terbengkalai 6 tahun. dah tu alih2 dah siap baru2 nih, lantai tak rata..senget sebelah..mau dia tak  hangin satu badan. dapat pampasan 12 k. yang menjadi masalah rumah dah potong lama dah. tapi bukan boleh duduk pun. so, kalau nak beli rumah, kena tgk developer gak ye. takut dapat yang modal tak byak tapi idea byak...jahanam nanti...

Alhamdulillah setakat ni, kami duduk dengan aman. cuma terdengar gak le pasal kecurian. risau pun ada gak..harap2 semua selamat la..

oh...ninjaku

hari ni bersembang dengan jiran sebelah rumah aku, kak maznah dan abg rushdan. dok tengah bercerita tu, terkeluar la citer pasal mamat rxz yang berenti depan rumah aku kemarin. aku cakap la aku pun nampak mamat tu. ada 2 rxz beserta pemboncengnya. kak maznah beritau kena hati2 dengan rxz tu sbb mereka dok aim ninja aku. aish...ni yang buat aku terkejut. aku memang nampak rxz tu lalu kemudian patah balik dan seterusnya berenti depan rumah aku. aku dok intai je la..masa tu hubby dok kat toilet. masa tu dalam pukul 4 pm. tp tak lama mereka blah. aku dok ingat mereka slah rumah la..tup2 kuar citer yang polis memang dok cari mereka. kaget aku seketika. kalaulah aku tahu, mesti aku dah call polis kemarin. 

hubby aku dah mula bimbang la..motor kesayangannya...aku pun sama la..pencurik skang bukan sekadar mencurik je, bunuh pun dah jadi normal..takut aku. mulai esok, hubby kena la naik ninja lak k tempat keje. elegan lepak la kat rumah jap. hubby aku cakap pencurik tak ambik elegan sebab skuter tak berapa nak laku kalau jual. ninja lak tak laku kalau tak jual seketulnya. so nak tak nak kena bawak pi opis la. 


motor tu dulu masa nak beli deposit dekat RM ......sayangnya kalau jadi apa2. aku pun baru naik tak sampai 10 kali lagi. tak berapa gemar nak naik sgt. lagipun helmet aku can see thru la...hubby nak tukar full face tapi aku tak mau..rimas la pakai full face.. so aku lebih rela bertenggek atas elegan je. lepas xcident elegan ari tu, hubby ambik masa gak nak naik ninja yelah tangannya nak pulas throttle pun masih belum kuat...tapi dah ok dah skang nih cuma belum operate nak buang plate je lagi...

operasi basuh membasuh


elegan will be next



Saturday, June 18, 2011

helloooo....so, ada plan ke ari ni? aku pagi2 lagi pi cari sarap...sampai sp kami meround..sebenarnya saje je nak ambik angin pagi2. dah lama tak kuar berdua. asik sibuk je. balik keje, tgk tv. then tidor.. hari2 macam tulah..bukan aku yang sibuk tapi hubby aku. so, minggu ni boleh la kami merendek..minggu lepas dia ke KL. sebelum tu, time aku cuti skolah, dia tak boleh cuti sebb audit hq datang. dah tu tanggung keje orang dan syarat tanggung keje tak boleh cuti selama 28 hari..tak ke aku sorang je cuti baru ni...??? tapi kira oklah sebb first week aku xtra class. tak le rasa buhsan sangat..

lunch apa korang ari ni? aku tadi singgah kedai beli ikan, udang dan timun. hari ni memang plan nak makan sesimple mungkin sbb 1. aku malas nak masak. 2. dah kecur liur nak makan budu + tempoyak pedas tu cicah ngan ulam timun..pergggggg....sedap gilerrrr...

hubby cukup ngan sarapan dia je. nasi lemak..makcik tu bagi xtra nasi lak kat dia..apalagi kenyang menyandar la dia. tak mau lunch dah.. aku lak cuma pekena bihun RM 1 je..mana cukup..kurang2 bihun RM 2..heheh...

petang ni tak ada plan nak kemana-mana lagi..tp tak tau la..macam nak hujan..baik landing depan tv lagi best...

Friday, June 17, 2011

CABUL

happy bila tgk kawan2 yang gembira dan bahagia. terpancar cahaya kegembiraan di muka dan mata..Alhamdulillah...moga kasih sayang dan cinta sentiasa berada dalam diri kita..

hari ni gempar lagi..hehehe..asik gempar je sejak kebelakangan ni. pak guard sekolah lak buat hal. rupanya sebelum ni dah ada kes tapi senyap je. kali ni bila sekali lagi berlaku...memang gempar la...mangsa sendiri yang datang mengadu dengan aku. apalagi loncatlah aku..pak guard cuba menCABUL anak murid lelakiku..apa hal pak guard nih? harapkan pagar, pagar makan padi...memang pagar tak boleh diharap dah sekarang nih..pagar mudah tumbang..melalut lak aku ni.

ni citernya...anak murid aku tu namanya muiz. year 6. budak baik tapi malas. family problem. tiap2 hari balik lambat. dia dan 2 adik perempuannya. kebetulan ada lagi murid aku yang nakal, sengaja balik lambat hari2. anak murid aku ni memang baik sgt ngan pak guard..ada tiga orang pak guard. 2 orag pak guard senior dan seorang pak guard junior...yang buat hal ni pak guard junior ler..si muiz ni masuk ke guard post dan main dengan pen pak guard  nih..then, pak guard ni masuk dan marah dia then, w/out a warning terus picit 'egg' si muiz ni. apalagi meraung la dia..senak beb..semasa dia tgh meraung sakit tu, pak guard ni dah tolak dia sampai terbaring kat lantai. kebetulan kawan si muiz ni, filani dan isma naim yang sengaja balik lambat tu dengar dan terus ambush post guard tu. dan mereka menyangka bahawa pak guard dan si muiz sedang bergurau senda. pak guard mengambil kesempatan yang ada menyuruh 2 orang budak ni pegang tangan si muiz. bebudak berdua ni apalagi kerana menyangka masih bergurau terus memegang tangan si muiz. dan pak guard ni terus memegang dan memicit sekali lagi 'egg' si muiz. apabila budak berdua ni nampak pak guard cuba nak membuka seluar si muiz barulah mereka sedar pak guard tu dah berniat jahat dan terus mereka lepaskan tangan si muiz. si muiz apalagi terus menendang perut pak guard dan pak guard jatuh. muiz lari bersama2 dgn budak berdua tu. pak guard tu marah dan terus membaling kasut..esoknya, budak bertiga tu datang mengadap aku dan buat aku terloncat ler...terus aku report dan tambah terkejut aku bila 2 hari sebelum tu pak guard yang sama jua cuba menarik budak tahun 3 ke dalam stor. tapi budak tu terselamat kerana ada janitor yang nampak. macamana la pentadbir boleh buat senyap benda ni? kalau aku tak lapor benda ni mesti kes yang budak perempuan tu senyap macam tu je..dan finally, barulah terbongkar yang pak guard tu sebenarnya makan ubat 'mental'..camana boleh terlepas jadi pak guard org macam ni? 

Thursday, June 16, 2011

tempoyak...

hari ni aku balik awal. ada meeting PDCA kat MPC, Kepala batas.. dekat je ngan rumah aku..heheh..sebelum ni asik buat kat safira golf je..beralih angin la plak..kuar 12.05 pm, terus balik rumah..kemas rumah apa yang patut. solat zohor dan proceed ke MpC. meeting mula 2.30 pm. sampai dalam pkl 2 pm. masih belum sesak lagi. parking pun ok lagi.

meeting tu sebenarnya lebih terarah ke perbincangan isu dan solutions. masing2 komplen pasal claim la..yelah, kami ni penyelaras..segala claims cikgu kat sekolah kami yang kena urus..bila tak dapat claim, mula la diasak macam2.. fenat aku nak menjawab.

malam esok ada tahlil kat sekolah.. gabung 2 sekolah. tahlil untuk arwah anak GB aku. suami GB aku tu GB kat sekolah sebelah je..so, kira macam sekolah papa dan mama ler..hehehe..rasanya aku lebih ke arah tidak pi kot...hubby selalu sampai malam..dah tu mata aku memang problem. tak boleh bawak malam..silau..

kawan aku, kak sha bagi tempoyak satu bekas ari ni..heheheh..malam ni bertempoyak le kami suami isteri. abis je meeting, terus aku tumbuk cili padi nak gaul ngan tempoyak...fuhhh...mesti best layan nasi malam nih...dah lama aku kepingin tempoyak nih...merasa gak ler.


Wednesday, June 15, 2011

hari ni dikejutkan dengan berita gempa bumi kat sumatera. hari ni jugak hujan turun seolah turut bersedih dengan apa yang berlaku sekarang, nyaman sikit ku rasa. hari ni habiskan masa kat 6 arif 4 jam. pagi 2 jam. petang xtra class 2 jam. oooo....fenin kepala den. macam2 ragam. esok nak kena meeting kat MPC. sampai pukul berapa la agaknya tu..ntah2 sampai pukul 5..ni yang aku jem ni. bila balik petang, otak aku dah macam kebas semacam. yelah pagi dok melaung kat budak2 tu, petang dok melangut dengar meeting..jenuhnya..tak ada yang menarik pun hari ni. so life macam biasa je. cuma dok hangin kat baju koporat. semua baju koporat yang ditempah oleh cikgu kat sekolah aku gelembung kat belakang. apa kes? jangan harap aku nak pakai. dahla harga RM 60. kain tebalnya..mau aku lemas dalam baju tu. ni la bila tempah tak ukur badan. semua pukul rata. dah tu tak pasal2 nak kena oter lagi. duit lagi. ...dah la duit dah mengalir macam air sekarang ni...huhu

Tuesday, June 14, 2011

GAGAL LAGI....

Hari ni plan nak menziarah GB aku..dah buat plan ramai2 dah. last2 minit ramai lak yang tarik diri. huh..malas benar aku kalau pakat ramai2 nih. then tinggallah aku dan 3 org lagi..aku pun mulalah call GB nak beritau kata nak ke rumah dia. manalah tahu kot2 dia still tak mau diganggukan..call punya call GB aku tak pick up pun call. so kami buat kesimpulan bahawa maybe dia masih in 'mourning' dan tak mau diganggu. takpelah. so misi gagal lagi. balik gitu ajelah.

hari ni aku mula serah balik paper UPTP 2 budak kelas aku. heheh..ada denda yang buat mereka meraung..keh..keh.keh. sebelum ni aku denda pumping je. bagi aku, pumping tu dah teruk dari gantung banner. ada 3 orang yang dapat C. aku suruh mereka pakai banner yang aku dah buat dan berdiri kat luar kelas. kat banner tu tulis ' I got C for my English'. meraung mereka. malu la...kawan2 yang dok lalu sengih2 je. aku dah kasi warning b4 exam. tapi still tak ambik berat..masalah 3 budak ni sebab tak score paper 1. ada ke patut dapat 21, 24, dan 25 marks je. mana aku tak hangin. dah la kelas kedua, buat malu je. kelas mereka start 12.35 sampai 1.35 pm. kira ok lah. tak le malu sgt sbb nak balik dah. tak ada la ramai sgt yang saje nak menumpang lalu kat situ. 

Hubby aku cuti hari ni. sampai rumah pun dah nak midnite. flight patutnya pkul 9.20 pm tapi dapat naik flight 8.20 pm. MAS memang superb. tapi hubby cakap kat KLIa memang sesak. flight penuh macam sadin. selalunya tak la sampai semua seats full. yelah, cuti sekolah dah habis. patutnya tak sesak la. skang naik flight dah macam naik bas. yang heran tu MAS. isk, aku kalau tak ada sebab kukuh, jgn harap la nak naik. tiket hubby pun RM 618 to and fro. tapi SOCSO yang bayar. kira ok la. tak ada la nak perabis duit nak flight je. hheheh..baik aku beli makanan..

Monday, June 13, 2011

KEKANDAKU YANG TERSAYANG

Ha...inilah kekanda ku yang tersayang. Namanya Che Su binti Ismail. Si kecik tu namanya Thoriq. Kak Su ni agak istimewa bagi aku. Dialah satu-satunya kekandaku, orang yang memahami diri aku sangat. Orang yang ku ceritakan cerita sedih dan gembiraku. Walaupun kami dok satu negeri tapi nak jumpa, jangan haraplah. Amat sukar sebab dia dok jauh nun di Kuala Nerang. Jauh dik non oii.Che Su ni cikgu gak. Cikgu Pendidikan Khas. Tapi memang dia layak untuk ngajar budak2 istimewa nih sebab dia suka melayan budak2 dan agak penyabar orangnya. Aku bangga punya dia sebagai kakandaku. Dia kawin pun ngan cikgu gak..Cikgu Ahmad bin Lateh. sebenarnya banyak kenangan aku bersama ngan Che Su nih. sampaikan kalau nak tulis , memang tak mampu aku nak terangkan tentang kebaikan dia. Walau apa yang berlaku, dialah kakakku dunia akhirat. Insya Allah..

zillions of thanks to my BFF, ilah.....

hari ni berjaya setapak lagi utk decorate belog. semuanya hasil bantuan BFF aku, Fadzilah Ibrahim yang sentiasa membantu bila kawan dia ni blurrr. hehhe..well, to tell u the truth, tis belog is really a good place for me to xpress my feeling n whatsoever..lega bila selesai menulis..im not good in telling stories so the best way is thru writing. n maybe nobody is going to read my notes..xcept my BFF. hehe..nevermind with me. as long as i dont hv to write in a big book. (diary).

hari pertama sekolah ari ni berjalan agak kalut bagi cikgu2 lain. sebabnya mereka tpaksa key in marks. aku dah key in marks dalam cuti lagi. so tak pyahlah nak berebut-rebut. lega. memandangkan PC hanya ada satu je. macam tak logik kan? kenapa la tak guna byak PC? ntah apa2 je kan.

aku posa hari ni.heheh..posa ganti. dalam cuti ari tu aku dah cuba dah nak posa tapi gagal. sebabnya aku ni dah nearly gastrik. so bila dah mula rasa sakitnya, aku tak berani lagi nk proceed. tapi hari ni macam miracle..perut aku ok cuma start rasa sakit pukul 4 pm tadi. tapi tak teruk. aku go on gak. sayangnya kalau nak bukak bila dah pkul 4 pm.

hari ni my sweet hubby akan balik. yahoo. rasa lega dan happy sgt. bolehlah aku tido lena malam. kalau tak asik risau je. yelah. risaukan manusia bukannya benda lain. kat tempat aku ni dah macam2 kes pecah rumah. tu yang aku ngeri sekali.

Sunday, June 12, 2011

Hari ni dok rumah sorang lagi..tadi hantar hubby ke epot penang. lega bila tgk jalan tak sesak. maklumlah hari ni last day cuti sekolah. petang nanti tentu jalan teruk..bridge penang lagi la..sapa yang tak penah kena sesak atas bridge tentu terkejut kalau sekali sekala datang penang. kena panahan jem.boleh sesak nafas tau. aku kalau nak ke penang, kena pastikan segala niat ke tandas dipenuhi. sebabnya nasib tak selalu baik. mau nak lepas hajat pastu jalan lak tgh jem, mau berpinar mata tahan pulasan urat perut.

menu apa malam ni? ntah la..yang ada dalam peti ais tu cuma ikan tongkol atau ikan kayu atau ikan aya. macam nak makan ikan masak sambal atau ikan masak cabai atau ikan pedas..semuanya tu sama je cuma panggilan je yang berbeza. dan dah tentu malam ni nak tgk Akademi Fantasia. bukannya aku minat sgt pun tapi bolehla dari tak ada apa nak tgk. 


Saturday, June 11, 2011

BOSANNYA

hari ni hubby ke opis lagi..tinggallah aku sorang. esok dia nak ke KL lak..ada course lagi. nak kena hantar p epot la plak. bosan betul aku kalau dia asik keluar je..tu tak jadi pegawai besar lagi. kalau jadi, agknya sepanjang masa kena dok sorang je.dia kuar kul 10 am. then janji nak balik dalam pkul 3pm..alih2 call tak boleh sbb keje tak siap lagi. janji pukul 5 lak nak balik. hilang selera makan aku. nak tgk muvie pun dah malas. kemarin, aku tgk KONGSi - lu langsi lu mati..ok gak citer dia. boleh la buat aku tergelak sakan. mood aku sejak kebelakangan ni agak haru gak ler..asik nak marah je..nak kata bendera jepun, dah lepas dah fasa tu minggu lepas. entah apa yang dok ganggu emosi aku ni..agaknya sebab teringat kat anak GB aku kot. dia meninggal selasa lepas. xcident kat tganu. balik kg suami kat kelantan. yang buat aku terkejut sbb Raihan (arwah) tu muda lagi. aku bukan kenal sangat pun dia tapi GB aku suka sgt bercerita pasal dia ngan aku. lagipun dia tinggal kat belakang rumah aku je. satu taman lar. bila pikir, mati memang tak kenal usia. tu agaknya yang buat aku sedih dan sedkit sebak. dalam usia yang semakin hari semakin senja ni, camana la aku mati agaknya? moga Allah matikan aku dengan iman dan baik.

bila  mengenangkan balik, ia buat aku insaf tentang ajal dan maut. tentang jodoh, tentang anak. Apa sahaja yang berlaku, hanya Allah yang tahu. di sebalik aku masih belum dikurniakan anak, hanya Allah yang tahu. aku kadang2 sedih jugak bila tengok kawan2 yang baru je kawin, terus preggy. tapi bila fikir semula, hanya Allah yang tahu. dan ujian ini tidaklah sebesar mana kerana masih ada lagi yang ujiannya lagi teruk dari aku.

bagi aku skang, yang penting aku dan hubby gembira..walau apapun, aku sentiasa berdoa agar hidup kami biarlah ke akhir hayat kami. dan aku akan sentiasa menyintai suamiku...love u 4 ever....

Monday, June 6, 2011

cikgu..o...cikgu

Korang buat apa cuti ni? bercuti atau stay rumah je? first week cuti aku still ada di sekolah. xtra class dan key in marks..dan buat dokumentasi serta claims cikgu2 sekolah..cuti ke aku? itulah istilah cuti bagi cikgu2 yang seangkatan denganku..mungkin tak semua cikgu yang akan kena ke sekolah tp percayalah cuti bagi seorang guru adalah cuma cuti mengajar..tap tidak dapat lari dari tugas2 yang lain. tapi tak kisahlah kan..yang aku kisah bila ada antara mereka yang rapat yang mengatakan bahawa cikgu banyak cuti..dan memang tidak dapat dinafikan cikgu byk cuti...itu dah memang termaktub dalam pekeliling pun, bila budak cuti, cikgu pun cuti la. tapi itu zaman jaafar tonggek la dik non oii..skang ni kerja cikgu sentiasa on...off ngajar je..DIULANG....off ngajar je...
bila korang jadi cikgu, korang akan tahu..itupun kalau korang sedia menggalas keje cikgu yang sebenarnya. cikgu yang akan sanggup buat keje, sekolah rumah kedua..sanggup ke korang? ramai cikgu yang dah surender pun.. buat tak tau, buat diam...dan itulah cikgu yang banyak cuti...yng selalu memperjuangkan ntah apa2 sedangkan 'cikgunya' tak seberapa pun..

camana nak kenal cikgu yang hidupnya 'cikgu byak cuti '? senang je ...kalau time cuti, dia memang dah cabut awal2. kat sekolah aku berlambak pesen nih..nak mintak tolong datang untuk handle xtra class pun tak boleh..alasan...balik kampung la, yana..sori.. tapi bila ada imbuhan , mereka ni lah yang awal lagi tanya..kadang2 aku bosan gak dengan mereka nih.

prestasi sekolah diukur berdasarkan gps..gps diukur berdasarkan prestasi upsr. prestasi upsr diukur berdasarkan keletihan guru tahun 6. tak dinafikan guru lain pun turut terlibat tapi adakah mereka terlibat secara langsung ketika guru2 tahun 6 datang hari sabtu, balik lewat setiap hari, tanda kertas gerak gempur yang bergempur2 tu, datang ngajar waktu cuti ? sama sekali tidak...aku tidak tahu tentang sekolah lain tp itulah senario sekolahku yang ku sayam tu.

dan bila diumumkan sekolah ku akan menerima Bai'ah kerana GPS sekolah bagus, semua bersorak riang tanpa mengucapkan terima kasih kepada guru tahun 6. bukanlah aku mendambakan sangat ucapan terima kasih tu, tapi sekuarang2nya menyedari pengorbanan guru tahun 6 yang terlebih berkorban..dan sehingga ke hari ni, wang Rm 900 tu masih belum diketahui ceritanya..Guru tahun 6 tidak ada yang merungut tapi guru bukan tahun 6 yang merungut bagai nak pecah telinga ku. hhehehe...kami kisah gak pasal duit tu tapi yg lebih penting budak nak exam lagi ni..setiap tahun buat keje yang sama...apa kata tahun depan bagi mereka lak yang ngajar? kita tengok camana perasaan mereka bila ada yang terlebih sudah..heheh

Sunday, June 5, 2011

BUAH REYANG....

Semalam aku balik Sg Jagong..rumah MIL ..balik2 ada buah..then aku teka buah grapes la...dah memang macam buah grapes.warna sama. bentuk pun sama..aku try la sebiji. mak aiiii...kelatnya...MIL aku beritau buah tu namanya buah reyang...ada cara sebutannya..maybe org kedah tau la buah tu. tp bagi aku pertama kali dengar dan makan. rasanya kelat tapi boleh la makan. MIL aku cakap buah itu untuk penyakit kencing manis..

Pokok reyang ni berbuah 20 tahun sekali..fuh..jenuh nak menunggunya. dan tahun ni tahun bertuah aku la..so kalau nak makan lagi buah ni kena tunggu 20 tahun lagi..masa tu umur aku dah 52 tahun..tu dia...dah tua ganyut aku..so time dia berbuah ni makan sepuas-puasnya...gambarnya ada tapi nanti aku edit balik sbb aku lupa nak mintak adik aku send semalam..
 

Designed By Blogs Gone Wild!