Saturday, June 11, 2011

BOSANNYA

hari ni hubby ke opis lagi..tinggallah aku sorang. esok dia nak ke KL lak..ada course lagi. nak kena hantar p epot la plak. bosan betul aku kalau dia asik keluar je..tu tak jadi pegawai besar lagi. kalau jadi, agknya sepanjang masa kena dok sorang je.dia kuar kul 10 am. then janji nak balik dalam pkul 3pm..alih2 call tak boleh sbb keje tak siap lagi. janji pukul 5 lak nak balik. hilang selera makan aku. nak tgk muvie pun dah malas. kemarin, aku tgk KONGSi - lu langsi lu mati..ok gak citer dia. boleh la buat aku tergelak sakan. mood aku sejak kebelakangan ni agak haru gak ler..asik nak marah je..nak kata bendera jepun, dah lepas dah fasa tu minggu lepas. entah apa yang dok ganggu emosi aku ni..agaknya sebab teringat kat anak GB aku kot. dia meninggal selasa lepas. xcident kat tganu. balik kg suami kat kelantan. yang buat aku terkejut sbb Raihan (arwah) tu muda lagi. aku bukan kenal sangat pun dia tapi GB aku suka sgt bercerita pasal dia ngan aku. lagipun dia tinggal kat belakang rumah aku je. satu taman lar. bila pikir, mati memang tak kenal usia. tu agaknya yang buat aku sedih dan sedkit sebak. dalam usia yang semakin hari semakin senja ni, camana la aku mati agaknya? moga Allah matikan aku dengan iman dan baik.

bila  mengenangkan balik, ia buat aku insaf tentang ajal dan maut. tentang jodoh, tentang anak. Apa sahaja yang berlaku, hanya Allah yang tahu. di sebalik aku masih belum dikurniakan anak, hanya Allah yang tahu. aku kadang2 sedih jugak bila tengok kawan2 yang baru je kawin, terus preggy. tapi bila fikir semula, hanya Allah yang tahu. dan ujian ini tidaklah sebesar mana kerana masih ada lagi yang ujiannya lagi teruk dari aku.

bagi aku skang, yang penting aku dan hubby gembira..walau apapun, aku sentiasa berdoa agar hidup kami biarlah ke akhir hayat kami. dan aku akan sentiasa menyintai suamiku...love u 4 ever....

0 comments:

Post a Comment

 

Designed By Blogs Gone Wild!