Tuesday, June 14, 2011

GAGAL LAGI....

Hari ni plan nak menziarah GB aku..dah buat plan ramai2 dah. last2 minit ramai lak yang tarik diri. huh..malas benar aku kalau pakat ramai2 nih. then tinggallah aku dan 3 org lagi..aku pun mulalah call GB nak beritau kata nak ke rumah dia. manalah tahu kot2 dia still tak mau diganggukan..call punya call GB aku tak pick up pun call. so kami buat kesimpulan bahawa maybe dia masih in 'mourning' dan tak mau diganggu. takpelah. so misi gagal lagi. balik gitu ajelah.

hari ni aku mula serah balik paper UPTP 2 budak kelas aku. heheh..ada denda yang buat mereka meraung..keh..keh.keh. sebelum ni aku denda pumping je. bagi aku, pumping tu dah teruk dari gantung banner. ada 3 orang yang dapat C. aku suruh mereka pakai banner yang aku dah buat dan berdiri kat luar kelas. kat banner tu tulis ' I got C for my English'. meraung mereka. malu la...kawan2 yang dok lalu sengih2 je. aku dah kasi warning b4 exam. tapi still tak ambik berat..masalah 3 budak ni sebab tak score paper 1. ada ke patut dapat 21, 24, dan 25 marks je. mana aku tak hangin. dah la kelas kedua, buat malu je. kelas mereka start 12.35 sampai 1.35 pm. kira ok lah. tak le malu sgt sbb nak balik dah. tak ada la ramai sgt yang saje nak menumpang lalu kat situ. 

Hubby aku cuti hari ni. sampai rumah pun dah nak midnite. flight patutnya pkul 9.20 pm tapi dapat naik flight 8.20 pm. MAS memang superb. tapi hubby cakap kat KLIa memang sesak. flight penuh macam sadin. selalunya tak la sampai semua seats full. yelah, cuti sekolah dah habis. patutnya tak sesak la. skang naik flight dah macam naik bas. yang heran tu MAS. isk, aku kalau tak ada sebab kukuh, jgn harap la nak naik. tiket hubby pun RM 618 to and fro. tapi SOCSO yang bayar. kira ok la. tak ada la nak perabis duit nak flight je. hheheh..baik aku beli makanan..

0 comments:

Post a Comment

 

Designed By Blogs Gone Wild!