Monday, June 6, 2011

cikgu..o...cikgu

Korang buat apa cuti ni? bercuti atau stay rumah je? first week cuti aku still ada di sekolah. xtra class dan key in marks..dan buat dokumentasi serta claims cikgu2 sekolah..cuti ke aku? itulah istilah cuti bagi cikgu2 yang seangkatan denganku..mungkin tak semua cikgu yang akan kena ke sekolah tp percayalah cuti bagi seorang guru adalah cuma cuti mengajar..tap tidak dapat lari dari tugas2 yang lain. tapi tak kisahlah kan..yang aku kisah bila ada antara mereka yang rapat yang mengatakan bahawa cikgu banyak cuti..dan memang tidak dapat dinafikan cikgu byk cuti...itu dah memang termaktub dalam pekeliling pun, bila budak cuti, cikgu pun cuti la. tapi itu zaman jaafar tonggek la dik non oii..skang ni kerja cikgu sentiasa on...off ngajar je..DIULANG....off ngajar je...
bila korang jadi cikgu, korang akan tahu..itupun kalau korang sedia menggalas keje cikgu yang sebenarnya. cikgu yang akan sanggup buat keje, sekolah rumah kedua..sanggup ke korang? ramai cikgu yang dah surender pun.. buat tak tau, buat diam...dan itulah cikgu yang banyak cuti...yng selalu memperjuangkan ntah apa2 sedangkan 'cikgunya' tak seberapa pun..

camana nak kenal cikgu yang hidupnya 'cikgu byak cuti '? senang je ...kalau time cuti, dia memang dah cabut awal2. kat sekolah aku berlambak pesen nih..nak mintak tolong datang untuk handle xtra class pun tak boleh..alasan...balik kampung la, yana..sori.. tapi bila ada imbuhan , mereka ni lah yang awal lagi tanya..kadang2 aku bosan gak dengan mereka nih.

prestasi sekolah diukur berdasarkan gps..gps diukur berdasarkan prestasi upsr. prestasi upsr diukur berdasarkan keletihan guru tahun 6. tak dinafikan guru lain pun turut terlibat tapi adakah mereka terlibat secara langsung ketika guru2 tahun 6 datang hari sabtu, balik lewat setiap hari, tanda kertas gerak gempur yang bergempur2 tu, datang ngajar waktu cuti ? sama sekali tidak...aku tidak tahu tentang sekolah lain tp itulah senario sekolahku yang ku sayam tu.

dan bila diumumkan sekolah ku akan menerima Bai'ah kerana GPS sekolah bagus, semua bersorak riang tanpa mengucapkan terima kasih kepada guru tahun 6. bukanlah aku mendambakan sangat ucapan terima kasih tu, tapi sekuarang2nya menyedari pengorbanan guru tahun 6 yang terlebih berkorban..dan sehingga ke hari ni, wang Rm 900 tu masih belum diketahui ceritanya..Guru tahun 6 tidak ada yang merungut tapi guru bukan tahun 6 yang merungut bagai nak pecah telinga ku. hhehehe...kami kisah gak pasal duit tu tapi yg lebih penting budak nak exam lagi ni..setiap tahun buat keje yang sama...apa kata tahun depan bagi mereka lak yang ngajar? kita tengok camana perasaan mereka bila ada yang terlebih sudah..heheh

0 comments:

Post a Comment

 

Designed By Blogs Gone Wild!