Tuesday, December 21, 2010

PD....THIRD DAY (21 DEC 2010)

hummm..ari ni dah masuk hari ketiga kat tiara...aku tak suggest tempat ni kalau korang datang nak honeymoon.tapi kalau datang bawak anak2 ok sbb tempat ni ada water park. macam boring la.








 tadi aku saje je meround di palm spring resort. lagi la tak best. bangunan dia banyak tapi semua lama dan tak ada org, tak terjaga. kalau tak silap aku hanya ada satu blok je yang betul2 function while the rest aku boleh nampak ada sign to rent and sale..maknanya hotel ni hanya depends to gomens' staff je la dan mereka yang desperate nak bilik macam aku hari tu. nasib baik hari tu full kalau tak mau aku meraung dok dalam bilik tgk jungle mungle view.


then, malam tadi aku ngan hb meround cari makan kat town pD. kali ni kami ke Corus Paradise Hotel. hotel ni memang happening. sampaikan nak parking pun tak boleh. apa yg istimewanya hotel ni? ramai orang. dan cantik. kalau petang ada beach avtvt macam banana boat dan boat glider. aku round dan lepak jap kat Bangi kopitiam. kopitiam ni milik Kid Search. oklah..tempat dia sempoi je. kat situ byak kiosk. satay hj samuri pun ado. mulanya nak oder satay tapi aku tgk bukan main ramai lagi dok q. so kami oder situ je la.


nak citer satu kisah ...kat tiara ni ada satu bistro. well, selalu la jugak kami masuk bistro. so kami redah je la kali ni. nak jadikan citer, masuk terus duduk. then kami terperasan la pada botol2 liquor yg hanging kat bistro tu. pelik pun ada jugak. tgk menu. ada soft drinks n banyak liquors. so hb aku panggil waiter then tanya ' is this bistro halal?' then jawapannya ' well i dont know how to tell u sir, but we sell liquors as u can see around here.' hehhehe..my hb terus returnkan menu and said sorry because we thought bistro tu halal...

Monday, December 20, 2010

PD... 2nd Day (20 Dec 2010)

Hari ni hari kedua kat Tiara Beach Resort pD. hm. tak ada aktvt menarik sgt sbb hb meeting sampai pukul 5 pm. then kami kuar jalan2 cari makan. hari ni makan kat hotel mesra. saje je makan kat hotel ari ni. tapi nak kata  mahal tak ada la sbb hotel ni hotel milik kerajaan negeri kalau tak silap. so harga standard macam makan kat restoran luar je la. tak caya? aku order nasi goreng pattaya, nasi goreng cina, tomyam campur, nasi putih, bihun goreng, mee hailam, horlick ais dan teh ais semuanya baru RM 27.90. tak murah? kat penang pun tak dapat harga camtu tau. sapa nak makan banyak tu? heheheh...sapa lagi..aku dan hb la..banyak? biasa la time bercuti makan mesti gila2nya. sebenarnya aku tak makan nasi lagi hari ni tau. aku makan ayam dan tempura je tau..keh..keh..keh . gaya cakap macam tak makan apa kan? biasa la, aku kalau tak makan nai sehari rasa macam ada benda kurang..alah senang citer nasi tu makanan wajib aku la. tengok badan la..:)


malam ni hb ada meeting lagi. aku pun tak paham meeting apa la sampai berhari2. tak settle2 lagi lak. byak sgt ke benda nak adjust utk next year. ntahla. tadi tgk org dok main volleyball dan mandi manda kat belakang bilik aku nih. luas jugak la tenpat dia. tgkla.esok hb abis meeting tengahari so plan nk turun kat water park..malam nih agenda watching tv la...

Sunday, December 19, 2010

PD ...STRESS..(1)

HAri ni 19 Dis 2010 aku dan hubby bertolak dari bertam pada pukul 9.30 pagi untuk ke PD. actually this is our second visit to PD. HB ada meeting di Palm Spring Golf Resort dan aku dah booking bilik di Cozzi Hotel. aku tak pernah dengar pun nama hotel ni tapi memandangkan nak save budjet (kononnya la) aku proceed jugak la. Lagipun according to the hotel Palm Spring tu dekat je ngan hotel yang aku booking. Kami sampai di PD pukul 2.30 pm. Masa tu aku dah mula kecut bila tengok jalan sesak sangat. nampak je hotel tu, aku dan Hb dah mula berpeluh. tak ada parking. dah la jalan nak masuk hotel tu lecak. belakang hotel betul2 pantai teluk kemang. patutlah sesak. tapi aku ada baca komen pasal hotel ni, jika bawak kereta, kena park betul2 depan hotel sbb ada banyak kes kereta hilang...oh..no more..aku tak sanggup menghadapi kehilangan kereta sekali lagi. then we decided to go to Palm Spring and searched for other hotel. wow, jarak cozzi hotel dengan palm spring agak jauh rupanya. dan menyukarkan hb aku nak balik after meeting. meeting tu mula pukul 8.30 hingga 10.30 malam. then proceed esok 8 - 4.30 petang. malam mula balik 8.30 - 10.30 malam. actually hb dapat bilik free kat palm spring tapi biasalah dia tak mau la tinggal wife dia yang comel ni..hehehe..bilik tu kawan dia stay sorang la..so cari punya cari yang paling dekat ngan Palm spring hanyalah Tiara Beach Resort yang lokasinya betul2 seberang jalan Palm Spring. dan harganya pun boleh tahan la..RM 220 semalam. dan Hb aku on di Tiara untuk 3 malam. ingatkan bila dah mahal macam tu bolehlah kami selesa. masuk2 bilik first thing kami check astro..kami mana boleh tak ada astro..jem segala sendi wooo. TAK ADA ASTROOOOOOO...itu yang kami berdua macam nak pingsan. tapi patutlah sebab Tiara ni focus more on Water Park. mestilah tempat macam ni tak ada Astro. org datang nak bersukaria mandi manda. aku mula geram la. dah la lampu bilik buat hal. tunggu mantainance bukan main lama. then dia datang pasang satu je lampu. takpelah. at least cerah la jugak bilik aku. ok skang aku nak citer pasal bilik. masuk je bilik akan nampak 2 buah katil yang boleh fit 4 orang. then di depan katil ada living room yang ada set kerusi kayu jati, meja kopi, meja solek dan tv cabinet. sebelah pintu masuk ada kitchen cabinet. ada peti ais. sebenarnya dengan rate tu dah cukup murah tapi aku tak puas hati dengan servis je. no breakfast provided. ada drinks yang akan diserve pada pukul 3 hingga 6 petang setiap hari, dan diberikan 4 wrist band untuk masuk water park. kenyataannya aku dan hb tak suka water park. tapi takpelah. 22 hb nanti kami akan ke Everly Hotel di Melaka. yang ni aku ok sbb area tu cantik....

Thursday, December 16, 2010

Cinta Miah

Hari ni aku bosan lagi. Bosan menunggu perkataan keramat tu. Agaknya bilalah dia nak melafazkannya. Dari kelmarin aku menanti bagai buah tak gugur. Dia diam saja. Apa dia lupa pada perjanjian kami. Aku masih setia menunggu moga apa yang ku harapkan tercapai.

Cinta? Dia cintakan aku ke? Tapi kenapa dia diam bak tunggul kayu bila kami berjumpa? Kenapa bila aku ceritakan luahan hati mak bapak aku suruh aku nikah, dia diam seribu bahasa. Aku heran dan bertambah lagi heran aku bila Fahmy anak Pegawai Risda nak datang merisik dia masih diam. 

' Mil dengar tak apa yg Miah cakap ni?' tanyaku lagi.
' Dengar.' jawabnya selamba.
' Dah tu, takkan Mil nak diam je? Miah rasa mak dan ayah takkan tolak dah kali ni.' terangku.
' Baguslah tu. Fahmy tu pun kerja bagus. Sesuai dengan Miah.'

Aku terkejut mendengar kata2 Azmil. Semudah itu dia lepaskan aku. Sesenang itu cinta dan kasih dia pada aku. Buat beberapa minit aku terdiam. Dan setelah aku kumpulakan kekuatan, aku nekad.

' Mil tak sayangkan Miah?' tanyaku tanpa malu.
' Sayang. Kita dah lama kenal Miah. Sejak dari pra sekolah lagi. Kenapa Miah tanya macam tu?' tanya AZmil  tanpa melihat aku.
' Abis tu, kalau dah sayang, takkan Mil sanggup tengok Miah kawin dgn Fahmy?'
' La, apa kaitan sayang kita dgn Miah nikah dgn Fahmy? tanya Azmil bingung.
' Abis tu, selama ni, hubungan kita ni? Mil tahu tak Miah sayangkan Mil.'
' Tahu. Miah kenapa ni?Mil tak paham la. Kalau Miah tak berkenan dengan Fahmy beritau je keluarga Miah. Tak payah la Miah nak buat drama kat sini lak. Isk, tak paham Mil. Selama ni Miah tak ada masalah pun tolak pinangan org.'
' Kita?' tanyaku lagi tak puas hati dgn jawapan Azmil.
' Kita? Kenapa dgn kita? Walau Miah dah kawin sekalipun, Kita tetap berkawan.'
' Apa Mil tak ada perasaan dgn Miah? Mil rasa tak apa yg Miah rasa?' aku mula naik darah. 
' Miah rasa apa?' tanya Azmil lagi.

Aku terdiam. AZmil juga turut terdiam tapi tak lama kerana selepas itu dia nerenung aku dengan tajam.

' Don't say that U love me Miah. Mil tak boleh terima benda itu semua. Lagipun kita mana boleh kawin.' pantas Azmil memberitahuku.
' Kenapa kita tak boleh kawin? Miah cintakan Mil. Mil pun sayangkan Miah.'

Aku lihat Azmil menggaru-garu kepalanya yang pendek separas tengkuk itu. Dia seakan-akan bingung dengan pertanyaan aku.

' Miah, Mil tanya ni. Miah tahu tak dengan siapa Miah bercakap ni? tanya Azmil.
' Tahu. Dengan Mil la.' selamba aku menjawab.
' Boleh Miah beritahu Mil nama penuh Mil?' pinta Azmil.
' Alah, takkan Miah tak tahu. Kacang je tu la Mil. Nama penuh Mil Azmil Laila binti Derus.' jawabku lancar.
' Ulang lagi sekali Miah.' 
'Azmil Laila bint....' aku terhenti.

Aku terpana seketika. Setelah begitu lama berkawan, akhirnya aku disedarkan dengan hakikat yang Azmil ialah seorang perempuan. Dan kawan baik aku. Aku terlupa dengan hakikat itu. Aku terbawa2 dengan penampilan Azmil yang menyerupai lelaki. Dan sifat baiknya telah membawa aku ke alam aku sendiri.

Dan bila ku toleh ke arah Azmil, apa yang aku lihat telah membuatkan aku malu tahap gaban. Azmil tergolek2 sambil memegang perut dan sungguh kurang asam kerana dia sedang menggelakkan aku yang tengah malu besar..Bodoh.....

Hehehe...itulah kenangan aku yang masih segar dalam ingatan. Kini aku telahpun berkahwin dengan Fahmy anak Pegawai Risda. Dan Azmil pula telah menukar imejnya rentetan peristiwa aku ari tu. Dia kini dikenali dengan nama Ela dan telah pun bertunang dengan Ustaz Majid, cikgu sekolah. 


 
 

Wednesday, December 15, 2010

CERITA PENDEKKU......SEMBAHYANG

Dah masuk 2 minggu aku menumpang di rumah Cik NGah dan sepanjang aku di sini tak pernah aku melihat keluarga ni sembahyang kecuali Cik Ngah. Tiba je waktu sembahyang, masing2 buat tak tahu. Naik heran jugak aku dengan perangai anak2 Cik Ngah. Tapi aku hanya mampu terdiam. Yelah aku kan hanya menumpang. 


Cik Ngah ada 6 orang anak. Cik Ngah dah kematian suami 8 tahun yang lalu. Cik Ngah tak bekerja. Cik Ngah bukan dari keluarga senang. Anak2 Cik Ngah masing2 kerja dengan swasta. Tak ada pun yang kerja dengan gomen. TApi anak2 Cik Ngah semua pandai2. Empat anaknya dapat masuk universiti. Tapi yang aku terkilan semuanya tak sembahyang. 


Anak sulung Cik Ngah, Fikri kerja di Kilang Plastik. Lulusan Utm Skudai jurusan Art and Design. Anak kedua, FAhmi kerja sebagai pak guard di bank. Lulusan UM jurusan Banking. Anak ketiga Farina kerja sebagai jurujual di Kedai letrik TAn Seng Huap. Lulusan Uitm jurusan Seni Layar.  Anak keempat masih belajar di UUm jurusan akaun. YAng kelima dan keenam masih lagi belajar. Sorang Tingkatan 4 dan sorang lagi Tingkatan 5.


Aku sebenarnya menumpang selama sebulan di rumah Cik Ngah sebab mak dan ayahku ke Mekah. Biasa la org tua mana yg nak anak mereka duduk sorang kat rumahkan? aku pula anak tunggal. 


YAng aku heran mereka pandai lak bercakap pasal mati, hukum, syurga, neraka..tapi sembahyang tidak. kadang2 kepala aku buntu memikirkan apa masalah mereka. Cik Ngah langsung tidak menegur perbuatan mereka dan hanya membiarkan mereka . Ku akui mereka memang baik. tapi bagiku walau sebaik manapun kita kalau tak sembahyang tak ada gunanya.


Ramai sedara mara asyik bercakap pasal sepupuku..sekolah tinggi tapi tak kerja hebat. yelah kalau takat kerja macam mereka memang la tak hebat. alasan yang diberi kerja sekarang susah nak dapat. bagi aku macamana nak dapat kerja kalau sembahyang pun tidak. MAcammana doa nak sampai kalau tidak pernah menadah tangan memohon? bila mereka dapat temuduga kerja, mereka meminta Cik Ngah yang sembahyang hajat dan berdoa untuk mereka..dan Cik Ngahku akan bangun tengah malam buat sembahyang hajat sedangkan sepupuku siap berdengkur tanpa usaha. Pergi ambik air tawar buat hilang gemuruh pun tak guna kalau tak minta sendiri dari Allah..


Pernah masa azan dilaungkan, mereka lagi kuat memutar volume radio. Dan aku pernah menegur anak Cik Ngah yang kelima sebab solatku terganggu. dia agak terkejut bila aku minta agar ditutup terus radio sebab azan. tapi alhamdulillah dia mendengar dan mungkin dia malu kot.


Aku sebenarnya tak sabar nak pulang ke rumah kerana aku dapat merasakan badanku berbahang panas tinggal dalam rumah Cik Ngah. tinggal 5 hari lagi..dan aku akan pulang..sabarlah hati..




Add caption





Tuesday, December 14, 2010

ADA KISAH SEORANG KAWAN.....HEHEHE

aku ada sorang kawan..tak payah la aku mention nama dia kat sini..kang tak pasal2 je aku kena saman.heheh..suka sgt cakap menipu..biasala cakap pakai air liur..aku pun boleh..korang pun boleh.ye tak?? cakap memang tak penah jatuh punyer..padahal aku tahu dia tu kaki kalentong tp dia tetap nak kencing aku..orangnya cantik..putih gebu..taste konon tinggi la..tak main la lelaki melayu...nak lelaki mat saleh la. konon laki mat saleh encem dan mampu kasi dia happy..takpelah..jodoh masing2kan..aku tak kisah sebenarnya smpailah dalam status dia kat fb dia cakap that guy proposed dia. so kira nak kawinlah tak lama lagi kan. aku pun tumpang happy la walaupun aku tahu status tu status kencing. dan yang jadi mat saleh tu pun dia jugak..pakai byk nama kencing.hahaha..ambik gambar kat obersea tapi satu pun tak dak gambar dia. rupanya bila dicek gambar tu semua dari internet..siap letak gambar bilik lagi. tapi semua gambar kencing..asik aku tulis perkataan kencing je kan.. dah memang selalu kena kencing..tu je word yg mampu describe dia..kaki kencing..ntah la apa nak jadi ngan dia..baru ni kawan aku cakap dia tulis status nak beli mercedes 5 series..heheh..

PD LAGI

nak ke port dickson lagi 19 - 21 hb ni..yahoo...hb ada meeting lagi kat palm spring resort pd..kali ni aku nak itutttt......cari hotel semua dah penuh...hb selamat la sebb dah disediakan hotel..hotel tempat dia nak dok tu dah penuh..so aku kena cari hotel lain la..dan aku dah jumpa...tak taulah hotel ni camana..tapi dekat ngan pantai teluk kemang..Cozzi Hotel..rate pun tak mahal...rm160 je..dan dia cakap boleh bagi rm110..wah itu sudah kira bagus. then maybe akan sambung terus bercuti di melaka. hb dah booking via opisnya..kalau HQ approve kami sambung terus ke Everly Resort Hotel kat melaka sampai jumaat...best..best...ni kali kedua bercuti kat pD dan melAka..hari tu pi ngan family...kali ni kira honeymoon yang tak boleh bilang ngan jari dah kot..hehehee..actually hujung taun selalunya utk family tapi cuti bulan 3 ari tu dah bawak family bercuti kat cameron.. masa tu stay kat Strawberry Park Resort. dok sana 3 hari. so kira dah bercutilah mereka semua...im looking forward to see the beautiful beaches at pD...wait for meeeeeeeeeeeeeee

Sunday, December 12, 2010

kenduri.o..kenduri

hari lepak sedunia..sonok sungguh...heheh...spending my lovely sunday with resting the whole day..kemarin pi kenduri kawin kawan hb. buat kat hotel..sampai je dalam lebih kurang kul 2.30 pm, parking full lak..mujur la terserempak ngan kawan hb yang baru nak kuar. kalau tak mau kami pusing satu hotel. aku dah tahu sgt perangai hb, kalau dia dah borink sgt dia blah je..heheh..lega sbb dapat parking.
then kami masuk pekena la dolu...dahlah bekpas tak makan, so pinggan pun aku dah nampak sedap...sampai2 je kat tempat ambik nasi tu huhu nasi hnya tinggal satu senduk je..takkan aku nak panggil dia suh tambah nasi..hilanglah ayu ku tu..terpaksa la kongsi nasi satu senduk tu ngan hb aku..aku dah mencuka giler dah muka..yelah lapar beb..then meja lak tak cukup..yang aku heran tu, ada yang dah siap makan tu siap dok relek lagi kat meja..bukan nyembang apapun tapi sonok dok tgk org dok hayun pinggan cari tempat duduk..hangin betul aku...last nampak satu meja yang penuh air yang tumpah...duduk jugaklah kami kat situ..yelah nak dok tang mana lagi.takkan nak dok bersila, ye tak? makan tak sampai 5 minit almaklumlah nasi pun ala lekat celah gigi je...then, tiba sesi bergambar lak...aku biar hb aku je yg bergambar ramai2..malas aku nk layan..kan tgh hangin sbb tak cukup makan..hehe..
then balik rumah...petang tu perut aku dh mula meragam...angin macam tuan dia jugak la...dan ia berlarutan sampai ke hari ini...12 dis 2010...haru sugguh..makan kat hotel pun cirit birit...

Friday, December 10, 2010

ILAH NAK KAWENNNNN

well, bila nak citer pasal kawan aku sorang ni rasa macam nak tergelak pun ada...hehe..sebab akhirnya dia bakal menamatkan zaman daranya taun depan dengan jejaka pilihan hatinya, SHam...nama penuh aku tak tahu..itu je yang diberitahu oleh minah ilah ni. dulu, ada sorang kakak geng kami masa kat UUM, nama dia Marini tapi aku panggil dia Kak Ni Ndek...jahat tak aku? biasa la nama manja manji gitu. dia ada cakap pada kami semua pasal minah Ilah ni lah..dia cakap dia nak tgk Ilah ni pakai gaun warna pink masa nikah nanti..hehehe..zaman pinky dah abis la Kak Ni..takkan la Ilah tu nak pakai gaun pink lak? aku yang terkojol dulu kot bila dia cakap nak pakai pink.heheh. Ilah ni perangai dia cam boyish sikit...tapi boyish2 pun perasaan dia agak sensitif gak...minat citer hindi gitu..hahahaah...tapi skang, aku rasa kalau la Kak Ni Ndek tgk dia mau terperanjat berok kot...fuhhhh mekap dia kalah la Cik Yah Lecu tu..make up sendiri lak tu..betul2 dah jadi pompuan sejati..cayalah ilah..
apapun kenangan bersama di UUM banyak mengajar aku erti Sahabat...dan ILAH salah sorang sahabat aku yang masih 'hidup' dan setia..dan aku bersyukur...aku harap nanti masa nikah tak ada la dia nak jamu mee goreng macam dia impikan tu..hahahahahah...

Monday, November 22, 2010

KONVENSYEN KIK 22/11/2010



Hari ni merupakan hari yang sangat ku nantikan. hari bertuah bagi suamiku. sbab? sebab hari ni hari penting untuk KIK. masa kami check in kat awana genting, bukan main ramai lagi aku tgk org2 socso. dan betullah kata suami aku, ni lah masa nak tonjolkan diri dgn program yang yang mereka dok bersengkang mata tu. yelah projek satu tahun. dan yang hadir pada hari ni semua bos2 besar dan penilai adalah dari INTAN. Tajuk projek ialah proses permohonan cuti secara automasi. dan program yang dibawa hasil rekacipta bersama ialah ATlas. dan program tu aku yang bagi namanya..heheheheh...iaitu AUTOMATED LEAVE APPLICATION AND STORAGE.. dan tanpa disangka penilai dari INTAN memuji habis projek ni..tapi tak taula menang ke tidak..tapi ini merupakan projek pertama suami dan juga jabatan so bagi aku kira dah menang la. terpilih dari semua pejabat socso seluruh malaysia cukup besar kejayaannya.. hanya 4 jabatan yang terpilih dari 44 buah jabatan. heheheh...sengihku agak lebar. maklumlah kejayaan suami kejayaanku jua.

Thursday, November 18, 2010

CUTI RAYA A.K.A CUTI SEKOLAH

ari terakhir kat sekolah rupanya meninggalkan kenangan yang pahit buat aku..hahhaha..aku terlekat tulang ikan duri kat celah gigi..Ya Allah bukan main panjang lagi tulang ikan tu. tembus dari belah sini ke belah sinun gigi.. mujur gusi aku tak luka..disebabkan kejadian tu, jari aku kehilangan sedikit kukunya menyebabkan kukuku yang cantik..hehheh hilang seri pada hari raya haji..dan sakitnya tak terkata..minyak gamatlah penyembuh cepat luka tu.

hujan tak berenti2 skang ni. menjelma petang seolah memanggil hujan dan disertai guruh yang kuat. tapi nyaman sekejap badan aku ni.

ari ni aku boring sungguh. puas aku ngadap tv, aku ngadap lappy..puas ngadap dua2 tu aku ngadap pinggan nasi...hehhe..camana tak besar kan?

Friday, November 12, 2010

???????????????????????

2, 3 hari ni memang banyak benda berlaku kat sekolah. male teachers memang sakit jiwa kot. until now i cudnt imagine what thy were thinking at tat time. it was the happiest day for all the students plus the teachers but they were making an idiotic drama...none of them appeared in the hall. they seemed to vanish w/out a warning. and the responsibilities to handle the students and parents were on us. but we cud handle it smoothly. w/out any probs and the parents seemed to notice tis.

it started from the word JEALOUS. how much i hate that J word. the male teachers are jealous of female teachers. Whoooooa... hahahahah.....please grow up men...it is nothing to be compared to what had happened before. their stupid words coming from their stupid big mouths are really fantastic...two thumbs up for them.. thy really showed their stupidity by expressing their emotions in their Fesbook. and the best part is thy share it with our students...n the students gave comments w/out knowing the truth. accusing their own teachers because of tat stupid confession from the teachers themselves.

i got a call from my fren around 9.30 pm last nite asking me to read comments frm Fesbook. but i cudnt because my rules say NO to any requests made by students and teachers frm my school. so my fren had to read all the comments. one of the respected ustaz in our school really made me pissed off by saying tat we are the sapi, we extract the milk frm the cow, n then we got the name. in bm....lembu punya susu sapi dapat nama. so now we r the sapi side n thy are the lembu side. tis is really absurd.

thy talked bout our sincerity in teaching. ALL THE STUDENTS CAN READ TAT COMMENTS...n wat will thy think bout the teachers?

if u, male teachers want to teach year 6, please...please do proceed ur wish and it will be granted if u r qualified enough!!!!!!!!!!!!\

Thursday, November 11, 2010

UPSR 11/ 11/2010

Hari ni hari kemuncak segala-galanya. pada saatku melihat GB tersenyum aku dah agak kali ni mesti result best.
Alhamdulillah akhirnya kejayaan milik semua. GPS sekolah adalah yang terbaik. 1.67. wah kira cemerlang lah. tapi aku jugak sedikit keciwa sbb anak muridku 2 org yang failed. dan yang lucu sorang dari yang failed tu tak datang pun ambik result hari ni. memang aku dah agak pun. ada jugak anak muridku yang tak dapat menerima kenyataan tak dapat 5A. nak tergelak pun ada. siap menangis meraung lagi. yolah agak2 la. dok kelas akhir. sebelum ni pun asik bergilir C ngan D je. tup2 nak 5 A. isk..isk..sapa nak jawab tu? bila aku cakap bersyukurlah sebab semua lulus tak ada yang gagal, siap cakap mak cakap dalam ujian takpe kalau gagal tapi UPSR kena dapat 5A. lagi aku fenin. mak ngan ayah tak pulak datang. macam2 parents nih. dah tu aku blah macam tu je. nak cakap apa lagi...

English- 44 orang dapat A.
5A - 31 orang.
dan yang paling penting murid aku ( kelas last) ada 3 orang dapat B for BI. 2 orang gagal. oklah dari taun sudah. 4 orang gagal.heheh..nampak gayanya jadi la chicken chop aku.

Sunday, November 7, 2010

HILANG

hilangnya seorang rakan
panas barannya
yang mungkin tak daya ku tahan
entah kenapa amukan menggilanya
seolah aku menjadi punca


tak tahukah dirimu
aku baru di sini
hendak ku capai semua
tak tercapai dek gapaianku
hendak ku hayun segala
sesatlah diriku


bila mahu ku tuju dirimu
kau tepis segala
seolah menghalangiku
tempat jumpa mendadak ubahmu
seolah rasa ketemu tiada di mindamu


kau aturku ke sana sini
seolah aku local sekali di tempatmu
sedangkan langkahku ayun perlahan sekali
mata melilau di skrin gps
melihat jalan agar tak terlepas
namun akhirnya baranmu kau lepas
aku terkesima mendengarmu berbicara


janjiku atur 
namun bila ku saja mengujimu
dengan mengatakan ada aral
pantas kau mengatakan ya
seolah janji yang dirancang tiada di minda
dan terus pergi hilang dibawa angin senja


aku yang mendengar terus buntu
inikah yangku dapat
hasil jalan jauhku
hasil habis wang belanjaku


aku usaha ingin ketemu
sanggupku ubah arah inapku
mungkin dekat bagimu
tapi belanjanya maukah kau daya
jika ini hasilnya


akhirnya ini yangku nampak
ikatan kawan sudah tiada
tiada gunanya aku menggembala
mencari sirna terkapai-kapai
ku tau ikatan sudah hilang
kerna dirimu yang cemarkan ia

Friday, November 5, 2010

RINDU

Rindunya rasa
Tapi apakan daya
Memerap rasa amatlah perit
Bila sesekali ia bertandang
Rasa ingin rebah semangat hati


Rindunya rasa
Apakah dirimu ada jua rindu
Apakah dirimu masih ingat diriku
Atau rindu sudah menjadi kusam?


Jika diputarkan waktu
Ingin sekali ku hancurkan silam
Hapuskan benci yang bertandang
Tapi tiada dayaku


Dan ternyata
Hari ini rindu itu datang
Menjengukku sekali lagi
Mengujiku lagi


Ku tahankan rasa
Ku jerut rindu
Agar menjadi tipis seketika
Supaya bila keadaan reda
Rindu memuncak
Dan kita sama redha

JALAN2 KE MASJID INDIA - 5 NOVEMBER 2010

Aku dan suami start kuar hotel dalam pukul 10. 20 pagi. tahan cab kat depan hotel. then terus ke jalan TAR. heheh...pakcik driver tu rupanya tersilap hantar kami ke Chow Kit. aku ngan suami tak perasan lagi masa tu..then aku perasan bila rasa lain. aku nampak CITITEL Xpress. sah ni silap tempat ni. then malas nak jalan. tahan cab lagi. kali ni driver bawak macam pelesit kota. ngeri aku. tp dia hantar tepat ke Masjid India. lega sebab berjaya sampai. sampai aje, aku dah mula sengih lebar. nampak macam2. round punya round belilah kain pasang 7 helai. murah...4 helai untuk aku. dan lebih untuk family. then aku sapu brooches. hb aku tak beli apa pun. biasala org lelaki. pakaian depa bukan ada sangat kat situ.hehh..then , kami mula cari makan la.. sapu nasi 2 bungkus, mi kari, dan soto. perg...kenyang la nanti.
Then kami tahan cab dan balik semula ke hotel. soping pun tak lama. dalam kul 1 lebih kami dah sampai kat hotel..boleh la rehat jap....

Thursday, November 4, 2010

SOGO OOOO SOGO

3 hb aku dan suami dah on the way ke KL..sekolah aku dah start cuti depavali. awal dr semua sekolah aku rasa la. ah tak kisah yg penting aku dan suami dapat bercuti lagi...kami stay kat The Zon All Resident on the park...hotel Dato K la...dah la nak cari jalan macam hampeh..seksa betul. tu dah pakai PapaGo.( GPS System).  Kalau aku pakai Garmin mau tak sampai aku ke hotel. kami sampai dalam pukul 3 petang. selesai semua, rest sekejap. then dalam pukul 7.30, kami plan nak kuar ke SOGO. sampai di sogo, masuk je parking, problem dah mula. nak masuk parking tak tau cara la. no ticket macam biasa. apa yg kami nampak token sebesar syiling 20 sen dlam lubang. nota atas tu tulis." please push the token".. apalagi push..push..tak angkat2 pun bar parking tu. suami aku dah mula bengang. then push lagi sekali, baru palang terangkat. tapi kami heran la, bila dah masuk dalam tanpa ada apa2 tiket nanti camana nak kuar...ok lgi...kami masuk then kebetulan ada satu bro ni baru kuar keta. so kami tanya. dia pun mengalami benda yang sama.tp dia ambik token tu tanpa tau untuk apa..hah sudah..problem dah mari ....apalagi kami mula la cari security..then dia cakap benda ni dah byak kali jadi. dia bawak kami kuar kat main entrance. tinggal kami kat situ sambil dia cari solution...ok...kami tunggu..senyum lagi. then dia datang suh kami follow dia pi customer service..kami ikut. sampai sana, masalah timbul lagi. dia suh kami turun cari maintenance lak...ok.takpe..kami still boleh tolerate. kami turun pi area parking. cari manusia yang terlibat ngan maintenance. haram.sekor pun tak ada. hb aku dah mula merah padam dah..aku tau sgt hb aku, kalau dia tgh control anger, muka dia memang merah macam udang kena bakar..aku senyap je la...dalam hati baik jumpa sekor maintenance, kalau tak mau kena baling meja malam ni...hehehe..then kami naik ke customer service again.. sampai kami kat sna, aku dah mula naik hangin satu badan. oh no..mereka buat tak layan.apalagi aku hentam bahasa jerman la... baru dah mula nak call sana sini. hb aku dh mula ketuk2 jari kat kaunter tu..aku dah mula tarik muka muncung berjuta2.. lama gak la kami melepak bodoh kat situ. then aku dah mula angin balik. kami pi kaunter dan aku dah mula hilang kawalan diri. aku. then aku tanya solution apa dia nak buat. takkan keta aku tersadai kat situ? dan kami tak boley kuar la? dia kata tak boleh buat apa sebab token tak ada. aku cakap la..kami tak ambik token tu. macam mana boleh tak ada lak. dia cakap kalau token tak ambik palang tak boley naik. hb aku dah mula hangin balik. o...abis tu kami buat magic la keta ada kat bawah tu???? then kami ni curi la token tu.nak buat apa? bukan laku pun..budak2 tu senyap je. aku tanya lagi...cctv takkan tak nampak kami masuk? cctv tak nampak la kak...hah?? tak nampak? aik...cctv cap ayam ke? then barulah dia cakap...cctv tak function la kak...hahahahahahahahah...mau aku nak hempuk je kepala budak tu kat meja. bukan main byak songeh..cakap je la terus terang..memang ada probs. then aku cakap klau nak kuar jugak camana? akak kena bayar RM 50 untuk ganti token cap ayam tu. oooooo..kena ganti untuk benda yang kmi tak ambik???/  what the heck???????/ aku dah malas nak bertekak dah. byar pun bayar la..yg penting kami kuar dari tempat puaka tu....

WAHAI SOGO...ZAMAN SKANG DAH TAK PAKAI TOKEN DAH. INGAT NAK MAIN GAME? PAKAI TOKEN ...BUAT LAWAK LA..PAKAI AUTO PAY DAH..NI ZAMAN MODEN...DOK KAT TGH KL TAPI BANGANG. STILL PAKAI MAT BANGLA JAGA TOKEN KAT EXIT...ISK..ISK...KESIAN AKU...


then, untuk cover balik geram , hari ni kami ke 1 Utama. lagi senang. pakai ticket....tak pakai token2 sdah..macam la aku dok di hulu banat..aku dok Penang wei...tak main la benda2 lapok ni..heheheh..saja nak lepas geram. rembat baju kat MS Read...hheheh...RM 159...blouse..cantik sgt..laki aku macam biasa la baju polo dia..RM 169. sakit hati punya pasal. then pekena lunch kat otak2 cafe..ok la jugak. then kami balik hotel.

malam ni plan nak ke kg baru. cari makan..tgk la camana..

TAHNIAH SUAMIKU

Terasa berbaloi penat lelah...aku tak sangka projek KIK suami aku berjaya mendapat perhatian...seronok aku bila melihat dia seronok. 21-23 ni tarikh keramat presentation. moga suamiku tidak gentar dan petah untuk present...tapi apa yg aku bangga sebab aku juga turut menyumbangkan idea dalam projek ni. software projek ni aku yang berikan nama...heheh...bangga tuh...Konvensyen akan dijalankan di Genting..wah bercuti lagi la aku kali nih...hahahah..bestnya....

Friday, October 29, 2010

SAHABAT

kadang kala terasa diri ini sorang
bila terasa sahabat meninggalkan diri
padahal ia cuma mainan hati
rajukan yang sentiasa melawat
bagi mengingatkan diri ini jua punya sahabat
sahabat yang kini rapat 
sanggup berkongsi suka duka
memujuk hati 
menemani saat gembira
meratapi saat sedih
dirimu SUAMIKU...
ku bangga punya suami sepertimu
kaulah suami
kaulah sahabat
kaulah abang
yang mampu membuatku ketawa, menangis, merajuk dan punya segala-gala perasa dalam hidup
ku bahagia bila bersamamu
tetapi kenapa masih ada yg cemburu
yang tidak dapat menerima hubungan kita
yang masih cuba menghalang
mencari alasan
yang negatif
yang tak masuk akal
kenapa ....
tika ini hati dan akalku 
memberontak
marah dan geram 
menguasai..
sedih sudah tidak ku rasa lagi
hanya amarah membelenggu
kali ni aku nekad
ku jauhi mereka sementara akalku masih bertahan
sementara jiwa masih bertoleransi
ku harap kamu berfikir
sewajarnya
hubungan yang tak akan putus 
jangan ia dicemari lagi
oleh dendam yang tak pernah padam
belajarlah meredhai......

Wednesday, October 20, 2010

RENTETAN MEETING HARI NI...20/10/2010

Tidak....!!!!!!!!!!!!!!!! aku tak nak ke KL..tak nak..tak nak...tapi apakan dayaku.. Di saat anak muridku bergelut ngan PKSR, aku pulak yang kena ke KL...nak kena buat Modul Year 6 pulak dah...malas betul kali nih. esok bergembira kat langkawi then balik perah otak lak..tahun ni memang kena sungguh ngan aku. hahahah..bila fikir balik, pengorbanan seorang guru tu memang terlalu tinggi.. Baru aku tahu betapa sucinya pengorbanan cikgu2 aku dulu.

Korang ingat aku nak sangat ke jadi cikgu ni dulu? Lepas grad taun 2001, kerjaya guru ni memang tak pnah ada pun dalam impian aku... sampaikan kawan aku ajak pergi walk in interview pun aku tak nak. yelah, masa tu mungkin aku anggap lekeh je jadi cikgu ni..gaji sikit la..macam2.  sampaikan borang KPLI pun parents aku yang isikan. kalau harapkan aku, agaknya berkulatlah dalam sampul. Tapi dah takdir aku. Aku tak cari ia tapi ia tetap mencari aku. Dan sememangnya kerjaya ni tepat dengan aku..

Kadang2 apa yang kita mahukan tak pernah kita capai. Itu yang kita anggap dan percaya. Tapi sebenarnya kita adalah apa yang kita jadi sekarang. Allah dah tetapkan yang terbaik buat kita. Dan aku telah belajar menerima dengan redha. LAgipun gaji cikgu bukannya sikit seperti yang aku sangkakan. yelah dulu gaji cikgu RM 600 je..Itu dulu..(taun 70 an). Elaun pun dah makin naik. Starting pun RM 1900 +. kira bakal cikgu grad skang memang bertuah la. baguslah. itu merupakan satu insentif dan diharap cikgu2 baru skang janganlah mensia-siakan ini semua. Moga profesion ini berjaya dimartabatkan...

Tuesday, October 19, 2010

MEETING..MEETING..MEETING

Sebenarnya aku kan dah muak ngan meeting2 nih..asik2 paperwork..pastu delegate power je suh kita buat.. bagi last minute dah tu nak pun segera..ni projek taun depan.nampak gaya mula awal sgt nih. ni yang aku risau. yelah selalunya kalau mula awal mulalah ada yang tak kena kat mana2. then next year buat balik. benda yang sama. macamana nak efektif keje kalau camni,..harap2 jugak tak ada yang memandai2 esok. kalau tak mau nak kena harung sampai gelap la...

BERTAMBAH LAGI PROGRESS LIFE AKU...

Hari ni bf (ilah) aku beritau dia ada blog...cam menarik je blog tu..aku sebenarnya suka sgt menulis. yelah walau tak sampai tahap penulis tapi dah memang jenis suka bercakap...kalau kat sekolah, rakan guru aku cakap, kalau aku tak ada sehari, sunyi suasana..agaknya betullah tu..aku bukan jenis suka dok diam. kalau diam tu maknanya demam atau tgh kontrol anger...so, cuba2 la buat blog sendiri. walaupun tak cantik, maklumlah baru nak belajar buat tapi kira oklah tu. yang penting contentnya...
 

Designed By Blogs Gone Wild!